awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semangat perpaduan perlu dipupuk dari sekolah - Sultan Johor

Bernama
Bernama
07/07/2019
23:18 MYT
Semangat perpaduan perlu dipupuk dari sekolah - Sultan Johor
Menurut baginda, sistem pendidikan memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
Semangat perpaduan perlu bermula dari sekolah seiring dengan usaha untuk memupuk nilai-nilai keharmonian antara kaum, titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Menurut baginda, sistem pendidikan memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.
"Semangat perpaduan perlu bermula dari sekolah, di samping memberi penekanan kepada subjek Sejarah untuk mengukuhkan lagi jati diri rakyat.
"Sistem pendidikan berperanan dalam menjadi medium penting sebagai pemangkin perpaduan kaum di negara ini," titah baginda menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook rasmi Sultan Ibrahim pada Ahad.
Terdahulu, baginda berkenan menerima mengadap Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di Istana Bukit Pelangi, di sini.
Pertemuan yang turut berlangsung lebih sejam itu menyaksikan Maszlee mendapatkan pandangan daripada baginda berhubung hala tuju serta sistem pendidikan negara.
Sultan Johor turut bertitah menekankan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan pelajar tanpa mengenepikan Bahasa Melayu.
"Begitu juga dengan cadangan di mana Bahasa Mandarin dan Tamil boleh turut dipelajari bersama-sama dan menjadi kelebihan dalam penguasaan Bahasa.
"Kemahiran menguasai pelbagai Bahasa bukan sahaja suatu perkara baik, malah dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum," titah baginda. -- Bernama
Topic Berkaitan
#semangat perpaduan
#Sultan Ibrahim
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan