awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan suspek terlibat kumpulan pengganas ditangkap - KPN

Astro Awani
Astro Awani
10/03/2019
03:45 MYT
Sembilan suspek terlibat kumpulan pengganas ditangkap - KPN
Penahanan dibuat Bahagian Counter Terrorism cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam operasi di sekitar Lembah Klang dan Sarawak. Foto: Ihsan PDRM
Seramai sembilan suspek terbabit dalam kumpulan pengganas ditahan antara 2 hingga 9 Februari lalu.
Penahanan dibuat Bahagian Counter Terrorism cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam operasi di sekitar Lembah Klang dan Sarawak.
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, tangkapan membabitkan dua warganegara Malaysia, enam warganegara Mesir dan seorang warganegara Tunisia yang disifatkan sebagai 'pejuang keganasan warga asing'.
"Penyusupan masuk 'foreign terrorist fighters' ke negara ini harus dipandang serius terutamanya setelah kekalahan kumpulan Islamic State di Syria dan Iraq.
"Kehadiran 'foreign terrorist fighters' di Malaysia juga boleh menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk menyerang negara-negara ketiga atau melancarkan serangan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Operasi tersebut dilancarkan selepas Bahagian Counter Terrorism terima maklumat risikan daripada agensi perisikan asing. Foto ihsan PDRM
Operasi tersebut dilancarkan selepas Bahagian Counter Terrorism terima maklumat risikan daripada agensi perisikan asing. Foto ihsan PDRM
Mohamad Fuzi berkata, operasi tersebut dilancarkan selepas Bahagian Counter Terrorism menerima maklumat risikan daripada agensi perisikan asing.
“Anggota kumpulan pengganas ini disyaki terlibat dalam rancangan untuk melancarkan serangan berskala besar di beberapa buah negara.
Warga asing yang terlibat telah diusir ke negara asal dan disenarai hitamkan daripada memasuki Malaysia. Foto ihsan PDRM
Warga asing yang terlibat telah diusir ke negara asal dan disenarai hitamkan daripada memasuki Malaysia. Foto ihsan PDRM
“Lima suspek warganegara Mesir mengaku sebagai ahli Ikhwanul Muslimin yang bertindak sebagai fasilitator dalam menyediakan kemudahan penginapan dan pengangkutan kepada anggota Ansar Al-Shariah Al-Tunisia.
“Hasil siasatan mendapati kumpulan ini cuba menjadikan Malaysia sebagai destinasi transit dan pangkalan logistik,” katanya.
Polis mengesyaki anggota kumpulan pengganas ini terlibat dalam rancangan untuk melancarkan serangan berskala besar di beberapa buah negara. Foto ihsan PDRM
Polis mengesyaki anggota kumpulan pengganas ini terlibat dalam rancangan untuk melancarkan serangan berskala besar di beberapa buah negara. Foto ihsan PDRM
Jelas Mohamad Fuzi, kesemua yang ditangkap disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). Manakala warga asing telah diusir ke negara asal dan disenarai hitamkan daripada memasuki Malaysia di bawah Seksyen 9(1) Akta Imigresen 1959/63.
Topic Berkaitan
#Bahagian Counter Terrorism
#foreign terrorist fighters
#Ketua Polis Negara
#kumpulan pengganas
#Mohamad Fuzi Harun
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan