awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Bersama pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
Lelaki berpakaian wanita: JAWI panggil jalankan siasatan lanjut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembunyi dalam kabinet, akhirnya dicekup juga

Aida Aziz
Aida Aziz
04/04/2019
00:00 MYT
Sembunyi dalam kabinet, akhirnya dicekup juga
Serbuan mendapati kesemua wanita itu disyaki bekerja sebagai pelayan kelab malam. - Foto ihsan polis
Helah melarikan diri dengan bersembunyi di dalam kabinet menyimpan minuman keras dan bilik air gagal apabila 30 wanita warga Vietnam ditahan dalam Ops Bersepadu yang dijalankan pada Selasa.
Serbuan yang dijalankan di kelab malam sekitar Station 18 dan Jalan Mustapha Al Bakri di sini mendapati, kesemua wanita itu disyaki bekerja sebagai pelayan kelab malam.
Turut ditahan dalam operasi yang berlangsung sehingga tengah malam itu, seorang majikan warga Malaysia.
Menurut Pengarah Imigresen Negeri Perak, Kamalludin Ismail, pusat hiburan itu menawarkan khidmat seks dan bayaran di antara RM150 dan RM250 sejam.
"Seramai 18 Pegawai Imigresen dari Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Perak dan 25 pegawai dari Kastam Diraja Malaysia terlibat dalam operasi ini.
"Ketika serbuan dibuat, mereka sedang asyik melayan pelanggan tempatan. Turut dijumpai kondom yang bersepah di dalam bilik dan bakul sampah.
"Seramai 64 orang diperiksa terdiri daripada pelbagai warganegara, kesemua mereka berusia dalam lingkungan 17 hingga 47 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kamalludin berkata, siasatan awal mendapati mereka telah melakukan pelbagai kesalahan, antaranya di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas Lawatan dengan bekerja secara tidak sah.
Mereka ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Imigresen Langkap.
Topic Berkaitan
#Akta Imigresen
#Depot Imigresen Langkap
#dokumen perjalanan
#dokumen sah
#Jalan Mustapha Al Bakri
#kabinet
#Kamalludin Ismail
#kelab malam
#khidmat seks
#Ops Bersepadu
#pas lawatan
#pelanggan tempatan
#pelayan kelab malam
#sembunyi
#wanita
#warga Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan