Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecill ( PRK) Semenyih pada Sabtu ini berkemungkinan akan jatuh.

Penganalisis politik, Prof Dr Mohd Azizudin Sani berkata, peratusan pengundi yang dijangka berlaku berbanding Pilhan Raya Umum ke – 14 (PRU14) lalu harus dibimbangi oleh parti Pakatan Harapan (PH).

“Peratusan keluar mengundi juga dijangka jatuh berbanding dahulu 80 peratus lebih. Saya rasa keadaan itu harus dibimbangi Pakatan Harapan,” katanya dalam program Bicara Minda: Semasa Semenyih Pasca PRK : Janji Untuk Rakyat di sini pada Rabu.

Menurut beliau, antara sebab penurunan peratusan mengundi ialah disebabkan kebanyakan pengundi berada di luar kawasan dan tidak akan balik untuk PRK ini.

Dalam masa sama, beliau berkata, persaingan sengit khususnya daripada dua parti yang dominan iaitu Pakatan Harapan dan Barisan Nasional juga bakal menyumbang kepada perkembangan itu.