Pemergian Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Shahnon Ahmad merupakan satu kehilangan besar buat warga Universiti Sains Malaysia (USM).
Sumbangan Shahnon dalam mendidik anak bangsa di USM tidak dapat dinilai dengan kata-kata dan kehilangannya sukar dicari ganti.
Ombudsman USM, Professor Datuk Seri Md.Salleh Yaapar berkata, bekas Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan itu amat dekat dihati warga USM dan rakan sejawat yang lain.
Sifatnya yang begitu menghargai sastera menjadikannya beliau seorang Sasterawan yang unik dalam memperjuangkan sastera seterusnya memartabatkan kesusateraan Melayu dan Islam sehingga dapat menghasilkan karya agung yang memberi impak besar kepada masyarakat.
BACA: Sasterawan Negara Shahnon Ahmad meninggal dunia
"Karyanya juga ada gema diluar dan ia menggemakan yang di luar sana. Justeru, saya fikir amatlah layak Shahnon diberi Anugerah Sastera Negara dengan gelaran Sasterawan Negara itu.
"Dengan itu, saya fikir memang sumbangan Shahnon amat besar dan kita di USM amat berbangga kerana beliau menghabiskan sekitar 20 tahun umurnya berkhidmat di sini dan beliau menyumbang kepada kesusasteraan negara dan sastera kita diangkat ke peringkat antarabangsa," kata Md Salleh.
Menurutnya, beliau mengenali Shahnon secara peribadi dan amat terkesan dengan kehilangan seorang tokoh Sasterawan dan berharap akan lahir lebih ramai ‘Shahnon Ahmad’ di masa depan.
"Pemergian Shahnon adalah kerugian di sini terutamanya dalam bahagian kesusasteraan untuk USM dan warga USM secara keseluruhan.
"Beliau seorang karyawan, seorang sarjana namun pada masa sama, bila beliau berjuang dengan lantangnya, konsep Sastera Islam, dia berjuang sebagai seorang sarjana, tidak banyak masuk dalam bidang penulisan kreatif, sukar kurang tetapi dlm bidang kesarjanaan semua adalah sarjana," katanya.
Md Salleh berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di USM di sini pada Selasa.
Selain menjawat jawatan Dekan, Shahnon turut dilantik memegang beberapa jawatan lain di USM termasuk pensyarah USM (1974) dan memperolehi Sarjana Sastera USM (1975.
Beliau memegang jawatan Profesor Sastera USM pada Jun 1980 dan mendapat profesor penuh USM pada 1982 dan seterusnya sebagai Pengarah Pusat Islam, USM.
Shahnon meninggal dunia di Hospital KPJ Kajang pada 8 pagi hari ini dan jenazahnya selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas Bandar Baru Bangi .
Disifatkan sebagai "Revolutioner", Allahyarham yang dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1982 sering mengetengahkan isu rakyat dalam karya-karya beliau.
Antara karya yang terkenal ialah Ranjau Sepanjang Jalan (1973) dan Rentong (1965).
Astro Awani
Tue Dec 26 2017
Pemergian Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Shahnon Ahmad merupakan satu kehilangan besar buat warga Universiti Sains Malaysia (USM). -Gambar fail
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Mohamad Aniq, Nur Ain Nabilah dinobat olahragawan, olahragawati UiTM 2022
Badang negara Mohamad Aniq Kasdan dan atlet boling padang wanita negara Nur Ain Nabilah Tarmizi hari ini dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2022.
Universiti Tsukuba buka kampus cawangan di Malaysia
Universiti Tsukuba dari Jepun bakal membuka cawangannya di sini, iaitu kampus cawangan mereka pertama di luar negara, susulan memorandum kerjasama (MoC) yang ditandatangani kedua-dua negara.
Ruang akademik tidak boleh 'dicabul' politikus - Maszlee
Maszlee menegaskan, era menghukum ahli akademik yang mengkritik kerajaan juga sepatutnya harus berakhir.
Genggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada usia 80 tahun
Yeop Ali meluangkan masa 10 tahun untuk menamatkan pengajian dan banyak menghabiskan masa persaraannya di perpustakaan dan diskusi akademik
11 guru SMK Dato' Haji Mohd Redza rangkul ijazah sarjana serentak
Mereka memilih untuk mengikuti sesi pelajaran kami dalam ijazah sarjana ini pada setiap musim cuti sekolah sahaja.
Rupanya cara belajar ikut karakter, tips untuk bantu anak cemerlang akademik
Setiap anak mempunyai karakter tersendiri yang memberi kesan kepada pembelajarannya.
APEL.Q tukar pengalaman individu jadi kelayakan akademik
APEL untuk Anugerah Kelayakan Akademik (APEL.Q) mengiktiraf pembelajaran individu melalui pengalaman sebelumnya.
Tajaan MARA: Tiada istilah guna 'kabel', pilih kasih - Azizah
Pemberian tajaan pelajaran berkenaan adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan selama ini.
Sabar! Bukan masa sesuai tukar kerajaan - Penganalisis
Menumbangkan kerajaan ketika tempoh kritikal ini tidak akan menjamin bahawa krisis politik yang melanda negara boleh diselesaikan secara tuntas.
Belajar dalam talian tidak halang cemerlang SPM
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan dalam talian yang dilaksanakan tidak menjadi halangan untuk mencapai kecemerlangan.