Kesemua 24 anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berhubung kes melindungi kesalahan syarikat dan pemandu lori digantung tugas.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Shaharuddin Khalid berkata pergantungan itu akan dilaksanakan sejurus selepas kesemua mereka dibebaskan dari tahanan reman pada 23 April ini.
"Tidak wajar untuk kita jalankan siasatan dalaman kerana SPRM sedang berbuat demikian, namun tindakan susulan yang JPJ ambil mengikut Peraturan 43, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
"Kita akan gantung kerja selama dua bulan, selepas itu kita akan buat tindakan lain sementara menunggu proses mahkamah selesai, namun gaji akan tetap dibayar," katanya dalam sidang media tergempar di Ibu Pejabat JPJ, Putrajaya, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Shaharuddin berkata penahanan 24 anggota dan pegawainya di Pulau Pinang tidak akan menjejaskan operasi dan penguatkuasaan dijalankan di negeri itu untuk meneruskan kutipan hasil kepada kerajaan yang disasarkan pada tahun ini lebih daripada RM 4.3 bilion.
Untuk rekod, beliau menyatakan sehingga Mac tahun ini kutipan hasil yang dilakukan oleh JPJ di seluruh negeri berjumlah RM1.04 bilion.
"Dalam isu ini, saya telah mengarahkan Pengarah JPJ di Zon Utara seperti Perak dan Perlis untuk memberikan sokongan melalui penghantaran anggota. Tangkapan di Pulau Pinang hanya 24 anggota daripada 8,000 keseluruhan kakitangan JPJ seluruh negara dan saya akan pastikan JPJ sentiasa bergerak macam biasa dan lebih kental.
"JPJ Pulau Pinang tidak lumpuh dengan kekosongan 24 anggota itu, saya dah minta bahagian Zon Utara bekerjasama untuk melakukan kutipan hasil dan undang-undang jalan raya perlu ditegakkan. Sehingga malam tadi operasi penguatkuasaan dijalankan seperti biasa di Pulau Pinang," jelas beliau.
Shaharuddin turut menyatakan tiada rombakan besar-besaran akan dibuat di JPJ bahagian Pulau Pinang susulan kes berkenaan.
Afiezy Azaman
Thu Apr 18 2019
Ketua Pengarah JPJ Datuk Shaharuddin Khalid berkata pergantungan itu akan dilaksanakan sejurus selepas kesemua mereka dibebaskan dari tahanan reman pada 23 April ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Semua 24 anggota JPJ terlibat rasuah digantung tugas - Shaharuddin
Kesemua 24 anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah berhubung kes melindungi kesalahan syarikat dan pemandu lori digantung tugas.