Semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau yang terlibat dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) dalam daerah Kubang Pasu dan Padang Terap ditangguhkan, berkuat kuasa semalam.
Menurut kenyataan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) hari ini, penangguhan itu melibatkan Masjid Kariah Hosba (Bani Hashim), Masjid Kariah Kampung Cherok Mokkan (Al-Amin), Masjid Kariah Megat Dewa (Jamiusalam), Masjid Kariah Binjal, Masjid Kariah Asun (Al-Jahra) dan Masjid Kariah Kampung Bukit (Al-Bukhari).
Di daerah Padang Terap, ia melibatkan Masjid Kariah Kampung Kubang Palas, Masjid Kariah Kampung Padang Sanai dan Masjid Kariah Kampung Padang Cenderai (Al-Tarmizi).
Kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHEAIK itu menyebut keseluruhan operasi di surau dalam semua kariah terbabit turut diarahkan tutup.
Solat Jumaat di masjid terlibat ditangguhkan dan akan digantikan dengan Solat Zohor manakala semua aktiviti keagamaan termasuk majlis ilmu tidak dibenarkan.
"Bagi solat fardu berjemaah, hanya tiga orang sahaja dibenarkan iaitu imam, pegawai masjid dan jawatankuasa kariah secara bergilir-gilir dalam satu waktu dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Laungan azan di masjid terlibat dibenarkan.
"Bagi anak kariah masjid yang terlibat, mereka perlu menggantikan Solat Jumaat dengan menunaikan solat Zohor di rumah dan mereka dilarang menunaikan Solat Jumaat dan fardu berjemaah di masjid dan surau yang lain," katanya.
Menurut kenyataan itu, jika ada jemaah yang hadir ke masjid atau surau yang didapati positif COVID-19, pihak pengurusan perlu menjalankan proses sanitasi secara keseluruhan dan operasi masjid serta surau perlu ditutup sepenuhnya.
Selain itu, semua majlis akad nikah di masjid yang terlibat turut ditangguhkan serta tidak dibenarkan dilakukan di Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu dan Pejabat Agama Daerah Padang Terap.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 03 2020
Solat Jumaat di masjid terlibat ditangguhkan dan akan digantikan dengan Solat Zohor. - Gambar hiasan
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
KKR beri jaminan projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Tin arak sengaja diletak depan pintu surau kondominium
Isu pertama melibatkan dakwaan penutupan fasiliti surau selama dua hari pada 3 dan 4 Disember lalu tanpa sebarang notis.
Eksport kasar diunjur meningkat sebanyak 5.1 peratus pada 2024 - Kementerian Kewangan
Eksport kasar diunjur meningkat sebanyak 5.1 peratus merentasi semua sektor pada 2024 berikutan prestasi perdagangan global dan prospek sektor komoditi yang bertambah baik.
SOP Thaipusam: Upacara kavadi tidak dibenarkan
Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mesyuarat turut menetapkan prosedur operasi standard (SOP) perayaan Thaipusam dilaksanakan bermula pada 16 hingga 19 Januari.
Krismas: Upacara sembahyang dan koir dibenarkan, aktiviti berkunjung untuk yang lengkap vaksinasi
KPN dalam satu kenyataan memaklumkan, SOP berkenaan akan dilaksanakan pada 24 dan 25 Disember 2021.
Had jemaah di masjid, surau Labuan kini dibenarkan separuh kapasiti - Jawi
Manakala bilangan jemaah bagi solat fardu dibenarkan separuh kapasiti dewan solat utama.
KPN tetapkan SOP rumah ibadat selain Islam untuk penerima lengkap vaksinasi
SOP bagi pembukaan rumah ibadat selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk penerima vaksin COVID-19 lengkap sudah diselaras.
[KOLUMNIS] Kelesuan pandemik: Impak psikologi akibat pandemik yang berpanjangan
Penulis membangkitkan persoalan mengapa kes positif COVID-19 tidak menunjukkan penurunan ketara walaupun 'lockdown' hampir satu bulan.
Hanya 12 jemaah dibenarkan Solat Jumaat, solat fardu di Perak
Hanya 12 orang sahaja yang terdiri daripada pegawai masjid dan surau Jawatankuasa Kariah sahaja, dibenarkan untuk solat berjemaah di masjid dan surau berkuat kuasa solat Subuh esok.
KKM kesan 11 kluster baharu melibatkan tempat kerja, komuniti dan aktiviti keagamaan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 11 kluster baharu direkodkan sehingga jam 12.00 tengah hari pada Ahad.
PKP 3.0: Masjid, surau di Terengganu dibenar beroperasi dengan SOP ketat
Antara aktiviti dibenarkan adalah solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat dengan 40 jemaah lelaki sahaja.