"Mereka sepatutnya ke sekolah esok tetapi ketiga-tiga anak kami telah 'pergi' sekelip mata."
Demikian luah Zawawi Abd Wahab, 42, yang berdepan dengan insiden menyedihkan pada akhir 2018 apabila kesemua tiga anaknya Nurain Fatma Zawawi, 10, Nurain Sofia, 8, dan Nurain Sasabila, 6, ditemukan lemas pagi tadi di Pantai Sura Tengah di sini.
"Kali terakhir saya menatap wajah anak-anak kesayangan itu pada pagi semalam (Ahad) selepas menghantar mereka mengambil buku teks di Sekolah Kebangsaan Perol, Kelantan," katanya.
BACA: Lemas di Pantai Sura: Mayat terakhir tiga beradik ditemui
Zawawi berkata beliau menerima perkhabaran sedih itu menerusi panggilan telefon daripada anggota keluarganya pada kira-kira pukul 7 malam hari yang sama dan bergegas ke tempat kejadian bersama isterinya, Nur Syahida Abdullah, 36.
Mereka sekeluarga baru sahaja pulang daripada bercuti di Hatyai, Thailand Sabtu lalu sebelum ketiga-tiga anaknya itu mengikut ibu saudara mereka, Suriani Abdullah, 41, serta beberapa anggota keluarga lain bercuti di Dungun.
"Saya serta isteri tidak turut serta kerana kepenatan dan menguruskan beberapa urusan kerja serta persekolahan anak-anak memandangkan sesi persekolahan Pantai Timur bakal bermula esok. Semua kelengkapan persekolahan telah disiapkan.
"Tak dapat digambarkan betapa hancur dan luluhnya perasaan kami apabila semua anak 'pergi' sekali gus," katanya dalam keadaan sugul ketika ditemui pemberita di Hospital Dungun," katanya.
Suasana sedih dan pilu itu bukan sahaja menyelubungi anggota keluarga tetapi juga pihak media yang turut sama berada di situ terutama apabila melihat ibu kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak bermaya dan terpaksa dipapah oleh keluarga.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 6.40 petang semalam, ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Kampung Peringat, Kelantan dihanyutkan setelah dipukul ombak besar ketika bermain di pesisir pantai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata, mayat Nurain Sofia ditemukan pada pukul 7.48 pagi lima kilometer dari lokasi kejadian manakala adiknya Nurain Sasabila dijumpai kira-kira pukul 9.40 pagi, satu kilometer dari tempat kejadian.
Mayat kakak mereka, Nurain Fatma dijumpai oleh orang awam terdampar di pesisir pantai pada kira-kira 11.03 pagi, lebih kurang lima kilometer dari lokasi kejadian.
"Jenazah tiga beradik berkenaan dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan akan dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung nenek sebelah ibu mereka di Rantau Panjang, Kelantan," katanya.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pantai Sura Tengah itu dijalankan oleh 73 anggota termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). -- Bernama
Bernama
Mon Dec 31 2018
Zawawi (kiri) ditenangkan oleh rakannya selepas ketiga-tiga jenazah anak perempuannya ditemui oleh pasukan penyelamat ketika ditemui di Hospital Dungun hari ini. - BERNAMA
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Manchester City buka sekolah di Vietnam
Dwight School Hanoi sedia membentuk bakat muda di kampus termaju seluas 41,000 kaki persegi di The Manor Central Park, Hanoi.
Isteri cedera ditetak selepas minta cerai
Seorang buruh bertindak menetak isterinya menggunakan parang dipercayai selepas mangsa meminta cerai dalam kejadian di Dungun.
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di 18 kawasan di Terengganu
TNB membuat penutupan bekalan elektrik di 18 kawasan membabitkan tiga daerah di Terengganu setakat 10 pagi tadi berikutan keadaan hujan dan banjir.
Kali pertama dilanda banjir selepas 40 tahun
Hujan lebat berterusan sejak Sabtu menyebabkan penduduk di gugusan Felda Kerteh di sini berdepan bencana banjir luar jangka yang disifatkan sebagai pertama kali berlaku dalam tempoh 40 tahun.
Hujan berterusan tahap bahaya dijangka di Terengganu hingga esok - MetMalaysia
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Terengganu bermula hari ini hingga esok.
Kanak-kanak 2 tahun ikut bapa memancing ditemui lemas
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui lemas di sebuah kolam memancing di Bandar Bukit Besi, Dungun pada Sabtu.
Tukang rumah didakwa bunuh isteri
Mengikut pertuduhan, Mohd Amir didakwa telah menyebabkan kematian isterinya, Rubiah Sabtu, 41 tahun.
Tukang rumah direman, bantu siasatan bunuh isteri dengan tukul besi
Seorang tukang rumah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes membunuh isterinya menggunakan tukul besi.
SAR cari nelayan hilang jatuh laut ditamatkan
Operasi SAR seorang lelaki yang dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh dari bot di perairan Pulau Tenggol, Dungun sejak Selasa lalu terpaksa ditamatkan pada Sabtu.
Motosikal terbabas, remaja maut digilis bas di LPT2
Seorang remaja maut selepas digilis sebuah bas dalam nahas membabitkan tiga kenderaan dalam kejadian di kilometer 337.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pada Sabtu.
Polis tahan empat lelaki miliki senjata buatan sendiri
Empat suspek berusia 29 hingga 48 ditahan sepasukan anggota dari IPK Terengganu dalam operasi dari pukul 4.30 pagi hingga 8.30 pagi.