awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua dakwaan Sirul Azhar sudah disiasat - KPN

Hilal Azmi
Hilal Azmi
03/04/2015
13:26 MYT
Semua dakwaan Sirul Azhar sudah disiasat - KPN
KHALID: Semua dakwaan termasuk yang baharu, telah kami jalankan siasatan dan selepas meneliti hasil siasatan, kami berpendapat tidak ada apa-apa perlu kami buat untuk meneruskan siasatan. - Gambar Fail
Pihak polis telah menjalankan siasatan terhadap semua dakwaan baharu yang dibangkitkan oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan merumuskan tidak mempunyai apa-apa asas untuk meneruskan siasatan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu tulisan di blognya yang mahu kenyataan Sirul sebelum ini bahawa beliau mengikut arahan untuk melakukan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, disiasat.
Sirul juga berkata pembunuh sebenar Altantuya masih bebas.
Khalid memaklumkan pihak polis telah mengadakan pertemuan dengan Sirul yang berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia untuk diambil keterangan berhubung semua dakwaan yang dibuatnya itu.
"Sebenarnya kami telah pun menjalankan siasatan terhadap apa jua kenyataan yang dibangkitkan Sirul Azhar...mungkin, dan sudah tentu Tun (Dr Mahathir) tidak tahu apa tindakan dan siasatan yang kami jalankan.
"Semua dakwaan termasuk yang baharu, telah kami jalankan siasatan dan selepas meneliti hasil siasatan, kami berpendapat tidak ada apa-apa perlu kami buat untuk meneruskan siasatan," katanya.
Beliau turut menambah, perkara yang dibangkitkan oleh Sirul itu telah meliputi perkara yang diketahui polis sebelum ini.
Khalid juga berpendirian bahawa kritikan bekas Perdana Menteri menerusi blognya chedet.cc itu tidak melanggar Akta Hasutan.
Khalid ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Bas daripada AirAsia kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini hari ini.
Sirul, 43, yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati setelah didapati bersalah membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu kini berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney, Australia selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari berikutan amaran merah dikeluarkan Polis Antarabangsa, Interpol.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Sirul Azhar Umar
#Tan Sri Khalid Abu Bakar
#Tun M
#Tun Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan