Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangka dapat mengutip hasil mencecah RM5 juta pada Isnin apabila semua urus niaga kaunter perkhidmatan jabatan itu beroperasi semula selepas ditutup semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata jumlah kutipan hasil itu dijangka diperoleh untuk hari ini sahaja menerusi operasi kaunter yang bermula 8 pagi sehingga 4 petang di seluruh negara.
"Untuk Selangor sahaja, kita jangka akan mengutip hasil sehingga RM1.6 juta (hari ini), " katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke JPJ Selangor pada Isnin.
Shaharuddin berkata sebanyak 82 pejabat JPJ telah dibuka di seluruh negara, selain pihaknya turut menggerakkan 17 kenderaan perkhidmatan kaunter JPJ Mobile bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan jabatan berkenaan.
Katanya, sebelum ini, JPJ turut membuka kaunter bagi beberapa urus niaga secara berperingkat dengan menumpukan kepada kenderaan perdagangan bagi menyokong pembangunan sektor ekonomi negara.
"Kaunter urus niaga melibatkan kenderaan perdagangan dibuka sejak 29 April lepas dan dalam tempoh itu hingga 12 Mei lalu, sebanyak RM83 juta berjaya dikutip daripada operasi kaunter berkenaan," katanya.
Sementara itu, Shaharuddin turut mengingatkan pemegang Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) dan Lesen Memandu (LLM) yang tamat tempoh supaya tidak tergesa-gesa hadir ke JPJ untuk memperbaharui lesen kerana mereka dikecualikan daripada memperbaharuinya sejak PKP dilaksanakan.
Katanya, orang ramai masih boleh memandu di jalan raya dengan lesen tamat tempoh dengan syarat membawa nota lindung insurans yang masih sah.
"Kira-kira 1.8 juta lesen kenderaan bermotor turut dikesan tamat tempoh dari 18 Mac sehingga 30 Mei lepas, manakala bagi lesen memandu pula adalah sebanyak 981,883 bagi tempoh yang sama," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Mon May 18 2020
Shaharuddin berkata jumlah kutipan hasil itu dijangka diperoleh untuk hari ini sahaja menerusi operasi kaunter yang bermula 8 pagi sehingga 4 petang di seluruh negara. - Astro AWANI/ Shahir Omar
Mirzan, Mokhzani diberi lanjutan 30 hari oleh SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi kedua-dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan aset masing-masing kepada pihaknya. Ini bermakna kedua-dua Tan Sri Mokhzani dan Mirzan perlu mengemukakan maklumat berkenaan aset yang dikumpul selama 43 tahun sejak tahun bapa mereka menjawat jawatan Perdana Menteri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Semua kaunter JPJ dibuka semula hari ini, kutipan dijangka RM5 juta
JPJ menjangka dapat mengutip hasil mencecah RM5 juta hari ini apabila semua urus niaga kaunter perkhidmatan jabatan itu beroperasi semula.
Tiada lagi pegawai JPJ sebelah calon ketika ujian memandu
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem latihan dan ujian memandu automatik (e-Testing) di institut memandu seluruh negara, Jun depan.