awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua laluan masuk ke Kota Bharu ditutup

Astro Awani
Astro Awani
25/03/2020
08:31 MYT
Semua laluan masuk ke Kota Bharu ditutup
Tindakan diambil selepas menyedari terdapat sebahagian rakyat negeri itu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan. - Foto Astro AWANI
Polis Kelantan akan menutup semua laluan masuk ke bandar Kota Bharu berkuatkuasa hari ini (Rabu).
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hassanuddin Hassan berkata, tindakan diambil selepas menyedari terdapat sebahagian rakyat negeri itu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mereka dikatakan bergerak tanpa alasan penting.
"Selepas saya bercakap ini saya akan tentukan khasnya di Kota Bharu ini saya akan seal betul-betul pada mereka tertentu sahaja.
"Macam tadi contohnya nak pergi bayar bil api luar Kota Bharu boleh bayar elektrik, boleh bayar duduk rumah pun boleh bayar ikut eletronik pun buleh bayar, tak perlu bergerak, kecuali nak pergi ambil duit di bank kita akan seal. Kalau ada 50 peratus bergerak lagi, kita tutup, kemaskan lagi khusus di bandar Kota Bharu," katanya ketika mengadakan lawatan di sekatan jalan raya di sini siang tadi di sini pada Rabu.
Hassanuddin juga akan mengeluarkan arahan mengetatkan lagi kawalan supaya dapat mengecilkan pergerakan rakyat di Kelantan.
Dalam usaha pihak polis menjalankan tanggungjawab PKP ini juga, ada pihak yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap badan keselamatan itu.
Namun, polis terpaksa bertindak menahan mereka kerana menghina pihak keselamatan yang menjalankan tugas mereka.
Beliau juga akan mengarahkan anggotanya supaya mengawal pengguna jalan raya yang tidak mempunyai tujuan penting supaya balik ke rumah masing-masing.
Topic Berkaitan
#COVID19
#keselamatan
#Kota Bharu
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#polis
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan