Semua Premis Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan ditutup sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat pada 14 April depan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan LHDN pada Jumaat, sepanjang tempoh berkenaan, pegawainya melaksanakan tugasan dari rumah untuk mengelakkan risiko jangkitan COVID-19.

Pada masa sama, LHDN akan memastikan kes percukaian segera dapat diberikan perhatian sewajarnya.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan isu-isu percukaian dan perkara berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

LHDN juga boleh dihubungi melalui media sosial rasmi di Facebook https://www.facebook.com/LHDNM dan Twitter - https://twitter.com/LHDNMofficial.

Pembayar cukai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan urusan percukaian dalam tempoh PKP ini dengan melayari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my