Tutup

Semua sekolah beroperasi esok

Semua sekolah beroperasi esok
Pihak sekolah telah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Semua sekolah di seluruh negara akan beroperasi seperti biasa esok berikutan keadaan jerebu dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini semakin berkurangan.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini, sebarang perubahan atau maklumat terbaru akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Pihak sekolah telah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa," jelasnya.

Bagi mendapat maklumat terkini tentang penutupan akibat jerebu, orang ramai boleh melayari portal kementerian di www.moe.gov.my atau di saluran media sosial rasmi KPM (Facebook / Instagram / Twitter) @kempendidikan.
-- BERNAMA



Tag: jerebu, media sosial, Kementerian Pendidikan, pendidikan, sekolah, sekolah dibuka, sekolah ditutup



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.