Tutup

Semua suspek LTTE tidak dapat tawaran jaminan

Semua suspek LTTE tidak dapat tawaran jaminan
Keputusan permohonan habeas corpus yang difailkan lima individu termasuk dua ADUN yang ditahan berkaitan LTTE supaya mereka dibebaskan serta-merta daripada tahanan hanya akan diketahui pada 5 November depan. - Gambar ASTRO AWANI
KUALA LUMPUR: Semua 12 suspek penyokong kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) tidak mendapat tawaran jaminan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Ia termasuk ADUN Seremban Jaya P Gunasekaran dan ADUN Gadek, G Saminathan.

Keputusan itu disebabkan pertuduhan berkenaan adalah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang tidak dibenarkan untuk dijamin.

Timbalan pendakwa raya, Muhamad Iskandar Ahmad semasa membacakan kertas pertuduhan menyebut, Gunasekaran didapati memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dengan cara menggunakan aplikasi media sosial Facebook atas nama "Dap Guna Palanisamy" 7 Oktober 2019, jam lebih kurang 2 petang di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8 (M) Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Jika disabitkan dengan kesalahan, Gunasekaran boleh dihukum dengan penjara sepanjang hayat atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga puluh tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu.

BACA: LTTE: Tiada tawaran jaminan untuk ADUN Gadek
BACA: 
Kes berkaitan LTTE: 10 didakwa pertuduhan baru, dua didakwa kali pertama

Bagaimanapun, hakim, Azura Alwi berkata, keputusan sama ada jaminan ke atas semua tertuduh dibenarkan atau tidak akan ditetapkan pada Jumaat.

Terdahulu, hakim Rozina Ayob turut menetapkan keputusan sama ada jaminan ke atas Saminathan dan tertuduh lain dibenarkan atau tidak juga akan titrtapkan pada Jumaat

Dalam pada itu, peguam bela Ram Karpal Singh, yang mewakili Saminathan dan Gunasekaran, memohon supaya anak guamnya dibenarkan jaminan atas budi bicara mahkamah selain berhujah, pertuduhan mengikut SOSMA adalah tidak berperlembagaan.

Dalam pada itu, Ram Karpal memberitahu, keputusan permohonan habeas corpus yang difailkan lima individu termasuk dua ADUN yang ditahan berkaitan LTTE supaya mereka dibebaskan serta-merta daripada tahanan hanya akan diketahui pada 5 November depan.

Mereka juga memohon satu writ habeas corpus dikeluarkan mahkamah supaya dibebaskan serta-merta daripada tahanan, selain turut memohon relif-relif lain yang dianggap adil dan sesuai oleh mahkamah.

Permohonan itu juga meletakkan alasan penahanan mereka telah melanggari prinsip hak kesamarataan selain tidak mempunyai hak akses kepada peguam ketika kejadian.

Permohonan turut disertakan dengan sijil perakuan segera, supaya mahkamah menyegerakan pendengaran habeas corpus itu.


Tag: Karpal Singh, DAP, Facebook, ADUN, Media, Bukit Aman, Seremban, media sosial, mahkamah, pengganas, penjara



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.