Semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara akan beroperasi sepenuhnya bermula 15 Jun ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, pembukaan itu selaras dengan teras ketiga Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) iaitu merangsang ekonomi melalui pelanjutan waktu perkhidmatan dalam normal baharu.

"Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan PENJANA pada 5 Jun lalu yang antara lain, kerajaan bersetuju membuka semula dan menyeragamkan waktu operasi UTC di seluruh negara.

"Sehubungan itu, waktu operasi UTC di Semenanjung akan bermula pada pukul 8 pagi hingga 9 malam manakala UTC di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang," kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, waktu operasi UTC di seluruh negara pada cuti hujung minggu pada bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.