Semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan beroperasi setakat 1 tengah hari pada 21 Ogos serta ditutup pada 22 dan 23 Ogos sempena sambutan Aidiladha.

Perayaan Aidiladha di Malaysia disambut pada 22 Ogos (10 Zulhijjah).

Semua UTC akan beroperasi semula seperti biasa pada 24 Ogos, demikian menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini.

Dalam kenyataan lain, Kementerian Kewangan berkata UTC Selangor yang terletak di Anggerik Mall, Shah Alam mula beroperasi hari ini.

Terdapat 20 agensi ditempatkan di UTC Selangor, yang terdiri daripada 10 agensi Kerajaan Persekutuan, satu agensi negeri, tujuh badan berkanun dan dua badan bukan kerajaan.

Antaranya ialah Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen Malaysia, Klinik Kesihatan UTC, Youth Centre Kementerian Belia dan Sukan, Lembaga Hasil Dalam Negeri, TEKUN Nasional, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan Tabung Haji.