MALAYSIA
Senarai Kabinet telah dimuktamadkan - Tun Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa senarai penuh Kabinet telah dimuktamadkan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa senarai penuh anggota Kabinet telah dimuktamadkan.
“Ya, kita akan adakan majlis angkat sumpah dalam masa terdekat bergantung kepada kesediaan Yang Di-Pertuan Agong.
“Nama sudah dimuktamadkan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Isnin.
Katanya kesemua nama berkenaan akan diketahui umum hanya selepas majlis angkat sumpah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami