Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong menyifatkan ura-ura akan ada undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sesi Parlimen yang akan bermula 11 Mac ini, sebagai agenda politik pembangkang yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.
Menurut beliau, senarai '101 anggota Parlimen yang menyokong perdana menteri meletak jawatan' yang tular di media sosial itu juga hanya satu spekulasi untuk mengelirukan rakyat serta menjatuhkan moral dan imej kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Liew yang dihubungi Bernama berkata beliau yakin tiada usul undi tidak percaya yang akan dikemukakan oleh mana-mana pihak dalam Dewan Rakyat terhadap Dr Mahathir yang telah diberikan mandat sepenuhnya oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu untuk menerajui kerajaan PH.
"Saya yakin semua Anggota Parlimen daripada PH termasuk Anggota Parlimen Warisan yang berjumlah 135 orang daripada keseluruhan 222 Anggota Parlimen, akan terus memberi sokongan penuh kepada Dr Mahathir sebagai perdana menteri kita," katanya.
Baru-baru ini tular senarai 101 Anggota Parlimen dari seluruh negara yang didakwa akan menyokong desakan undi tidak percaya terhadap Dr Mahathir.
Menjelaskan mengenai usul tidak percaya, Liew yang merupakan Anggota Parlimen Batu Sapi berkata sekiranya ada yang mengemukakan usul berkenaan, maka terpulang kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk mempertimbangkan sama ada usul itu diterima atau tidak untuk dibahaskan dalam Dewan.
"Sekiranya usul tersebut diterima oleh pihak Parlimen mengikut peruntukan dalam Standing Orders (Peraturan Mesyuarat) Dewan Rakyat, Speaker akan menyuruh Anggota Parlimen untuk berbahas dan selepas itu undi," katanya.
Perlembagaan Persekutuan Perkara 43 (4) memperuntukkan, jika seseorang Perdana Menteri itu tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada Anggota Parlimen, beliau perlu meletak jawatan, melainkan jika atas permintaannya, Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen.
Persidangan Dewan Rakyat akan bersidang untuk pertama kali tahun ini bermula 11 Mac sehingga 11 April.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadualkan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 pada 11 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 28 2019
Sekiranya ada yang mengemukakan usul undi tidak percaya itu, terpulang kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk mempertimbangkan sama ada ia diterima atau tidak untuk dibahaskan dalam Dewan. - Gambar fail
AWANI Pagi: Pembedahan aestetik - Mahu cantik tapi selamat
Trend untuk melakukan pembedahan plastik secara pantas, ringkas dan murah melalui individu tidak bertauliah adalah sangat merisaukan.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.