MALAYSIA merupakan antara negara yang turut sama berjuang menentang penyebaran wabak koronavirus (COVID-19). Setakat 26 April 2020 (Ahad) sebanyak 5,780 kes positif dicatatkan.
Walau bagaimanapun jumlah kes dilihat tidak mengalami peningkatan secara berterusan dan berkemungkinan jumlahnya semakin menurun.
Kerajaan Malaysia dilihat berusaha sedaya upaya bagi mengekang penularan wabak ini dengan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei 2020. Ketika negara sedang berusaha mengekang wabak COVID-19, media tempatan melaporkan pada 4 April yang lalu terdapat lebih 200 pelarian Rohingya mendarat dengan menaiki bot di kawasan peranginan berdekatan Pantai Teluk Nibong di Langkawi.
Mereka kemudian ditahan oleh pihak berkuasa dan dikuarantinkan bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.
Namun begitu, pada 16 April lalu usaha bersepadu antara TUDM, TLDM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah berjaya menghalang kemasukan bot dipenuhi oleh pelarian Rohingya yang berhajat memasuki perairan negara.
Atas prinsip kemanusiaan, pihak berkuasa telah memberikan bantuan makanan sebelum mengiringi bot tersebut keluar menuju perairan antarabangsa.
Tindakan pihak berkuasa mendapat reaksi yang pelbagai daripada rakyat tempatan dan pelarian Rohingya yang berada di Malaysia.
Terdapat rakyat Malaysia yang menyokong usaha kerajaan bagi menghalang kemasukan pelarian Rohingya ke negara ini.
Hal ini turut dipercayai berkait dengan isu di Pasar Borong Selayang dan tuntutan secara terbuka oleh “pemimpin” Rohingya kepada kerajaan. Kedua-dua isu ini telah mewujudkan sentimen negatif terhadap pelarian Rohingya kerana meraka dikatakan pengotor, tidak menjaga kebersihan dan menjadi pembawa wabak COVID-19.
Manakala, Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MEHROM) Zafar Ahmad Abdul Ghani dikatakan telah menuntut secara terbuka hak kewarganegaraan untuk pelarian Rohingya seperti yang dilaporkan di media sosial. Isu ini telah menjadi bualan rakyat Malaysia khususnya di media sosial walaupun negara masih lagi diancam oleh wabak COVID-19 dan umat Islam baharu saja menyambut kedatangan Ramadan iaitu bulan puasa.
Sebelum melontarkan kritikan terhadap pelarian Rohingya, rakyat seharusnya memahami dulu mengapa pelarian Rohingya lari ke negara ini dan berharap mendapatkan perlindungan di sini. Berdasarkan kajian akademik, orang Rohingya telah lari ke Malaysia secara berperingkat pada awal tahun 1990-an dan kemasukan mereka berdasarkan peristiwa konflik yang berlaku di tempat asal iaitu Myanmar.
Walaupun pelarian Rohingya berasal dari Myanmar, tetapi mereka tidak sama dengan sebahagian besar rakyat Myanmar disebabkan orang Rohingya rata-ratanya berkulit gelap dan beragama Islam.
Hal ini disebabkan kampung halaman orang Rohingya di Rakhine (Arakan) adalah merupakan wilayah berdaulat dan mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri.
Orang Rohingya telah diperintah oleh 14 orang Sultan sebelum mereka dikalahkan dan dijajah oleh tentera Myanmar serta menjadi wilayah taklukan. Hal ini turut sama terjadi kepada kekalahan Kesultanan Melayu Patani kepada Siam (Thailand) pada 1786 dan menjadi wilayah taklukan sehingga ke hari ini.
Myanmar telah merdeka daripada British pada 1948 dan Rakhine iaitu wilayah penempatan majoriti orang Rohingya telah dimasukkan dalam kesatuan negara Myanmar.
Nasib orang Rohingya menjadi lebih buruk semenjak berlakunya rampasan kuasa oleh tentera pada 1962 oleh Jeneral Ne Win dan pada 1978 kerajaan junta (tentera) telah melancarkan Operation Dragon King untuk di wilayah Rakhine untuk membanteras orang Rohingya secara kekerasan kerana mereka dianggap sebagai pendatang asing. Lebih 200,000 orang Rohingya terpaksa lari ke negara jiran iaitu Bangladesh untuk mendapatkan perlindungan.
Tahun demi tahun kehidupan orang Rohingya semakin sukar kerana mereka tidak dianggap sebagai rakyat Myanmar yang sah dan tidak diberikan kad pengenalan untuk mereka menikmati hidup sebagai rakyat biasa.
Berdasarkan keadaan hidup yang perit di negara asal maka sebahagian orang Rohingya sanggup mengambil risiko untuk lari keluar menuju ke destinasi lain demi kelangsungan hidup. Ramai orang Rohingya menjadi pelarian dengan lari ke negara seperti Bangladesh, Pakistan, Arab Saudi, UAE, India, Thailand, Indonesia dan termasuklah Malaysia.
Pelarian Rohingya memasuki Malaysia melalui jalan udara, darat dan laut. Walau bagaimanapun, jalan laut dilihat sering dipraktiskan oleh pelarian Rohinya berdasarkan laporan penguatkuasa khususnya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Langkawi menjadi lokasi pendaratan pelarian Rohingya disebabkan keadaan perairan negara kita yang bersambung dengan laut Bengal dan laut Andaman dipercayai sebagai laluan utama pelarian Rohingya.
Tindakan pelarian Rohingya ini didalangi oleh sindiket pemerdagangan manusia yang mengambil kesempatan atas situasi mendesak orang Rohingya untuk lari meningkalkan tempat tinggal asal untuk membina kehidupan baru di negara asing.
Oleh sebab itu, usaha bersepadu antara TUDM, TLDM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam menghalang kemasukan pelarian Rohingya ke perairan negara dilihat wajar demi keselamatan dan kedaulatan negara.
Sungguhpun begitu, bagi pelarian Rohingya yang berjaya mendarat di pantai negara kita maka bantuan kemanusian seharusnya dihulurkan atas prinsip kemanusiaan.
Bagi menangani masalah pelarian Rohingya di Malaysia pihak kerajaan telah bekerjasama dengan pelbagai pihak khususnya Suruhanjaya Tinggi PBB Mengenai Pelarian (UNHCR) dan NGO.
Hal ini kerana menguruskan pelarian Rohingya adalah suatu perkara yang mencabar kerana melibatkan pengurusan kewangan, masa dan komitmen yang tinggi.
Rakyat Malaysia seharusnya peka dengan usaha yang dilaksanakan oleh kerjasama ini agar masalah pelarian Rohingya dapat difahami dengan baik. Misalnya dalam menghadapi ancaman COVID-19 oleh pelarian Rohingya maka UNHCR, NGO, polis dan pegawai kesihatan telah pergi ke kawasan sekitar Pasar Borong Selayang dengan mengunjungi masyarakat pelarian Rohingya untuk melakukan ujian saringan.
Usaha ini penting bagi mengekang wabak COVID-19 di kalangan pelarian Rohingya. NGO seperti NGO IMARET, Muslim Relief Agency dan MERCY Malaysia turut sama berganding bahu dengan UNHCR dan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan melakukan kunjungan terhadap penempatan pelarian Rohingya di seluruh negara dalam melaksanakan ujian saringan dan pencegahan seterusnya memberi taklimat mengenai ancaman COVID-19 serta menasihati agar mengikuti saranan kerajaan terhadap arahan kawalan pergerakan.
UNHCR juga telah membantu kerajaan dengan menyediakan talian Hotline untuk semua pelarian di Malaysia berkenaan COVID-19 dan menyediakan penterjemah bahasa untuk melancarkan urusan kesihatan di hospital awam.
Rakyat Malaysia harus peka dengan isu berita palsu (fake news) di media sosial khususnya mengenai kritikan terhadap pelarian Rohingya di negara ini. Merujuk kepada isu Zafar Ahmad Abdul Ghani yang mengaitkan beliau dengan tuntutan hak kerakyatan ke atas pelarian Rohingya dan menuntut hak yang sama dengan rakyat Malaysia dilihat tidak benar.
Hal ini merujuk kepada pengakuan beliau menerusi akaun Facebook yang menafikan sekeras-kerasnya tuntutan berkenaan. Selanjutnya beliau mengakui menjadi mangsa berita palsu yang tular sewaktu negara sedang dilanda wabak COVID-19. Rakyat Malaysia seharusnya perlu berfikir terlebih dahulu dan menyemak berita di media sosial bagi memastikan sama ada berita tersebut benar atau sebaliknya.
Kerajaan juga memandang serius mengenai ancaman berita palsu. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut memberi amaran kepada pengguna media sosial agar tidak menyebarkan berita palsu. Hal ini kerana berdasarkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 pesalah berita palsu boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Seri Mohd Hishamudin Yunus dan ahli akademik iaitu Prof. Madya Dr. Madeline Berma menyeru rakyat Malaysia supaya menunjukkan sifat belas ihsan terhadap pelarian Rohingya yang berada di negara ini. Kedua-dua mereka yang dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menambah bahawa penularan berita palsu di media sosial ke atas pelarian Rohingya telah membangkitkan kebencian rakyat terhadap golongan pelarian ini dan memperlihatkan kejahilan kita dalam memahami penderitaan mereka.
Orang Rohingya berada di negara ini kerana mereka terpaksa dan sanggup pulang sekiranya situasi di tempat asal selamat serta hak asasi mereka diberi pengiktirafan oleh kerajaan Myanmar.
Menurut Dr. Azlinariah Abdullah, pengkaji dari Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya (UM) sentimen dan propanganda kebencian terhadap pelarian Rohingya bukan sahaja terhasil daripada penularan berita palsu di media sosial, malah melibatkan isu ketidakfahaman mengenai golongan ini.
Misalnya keadaan Pasar Borong Selayang yang dikatakan kotor dan berpenyakit kesan daripada pelarian Rohingya adalah tidak tepat kerana di sana terdapat dua lagi kelompok bukan warganegara iaitu Muslim Myanmar dan Bangladesh.
Berkemungkinan masalah yang wujud diakibatkan oleh mereka kerana kebanyakan peniaga adalah Muslim Myanmar yang dibantu oleh warga Bangladesh. Manakala pelarian Rohingya hanya pekerja bawahan disebabkan ada di kalangan mereka tidak mempunyai dokumen dan bergantung kepada kad pelarian oleh UNHCR.
Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak boleh mendabik dada dan melakukan tuduhan meluru. Sebaliknya kita seharusnya mempunyai akal yang matang dan berfikiran rasional dalam memahami isu pelarian Rohingya di negara ini.
Sikap empati perlu dilakukan bagi memahami emosi dan perasaan mengenai masalah yang dihadapi oleh pelarian Rohingya. Tidak dinafikan terdapat segelintir pelarian Rohingya yang melakukan kesalahan seperti mencuri dan meminta sedekah.
Hal ini dilakukan kerana mereka terdesak dengan kepayahan hidup. Namun begitu, jika ditangkap oleh pihak berkuasa mereka perlu menjalani proses undang-undang yang sah di negara kita.
Semoga negara kita bebas segera dengan ancaman wabak COVID-19 dan semoga rakyat Malaysia turut bebas dalam menghadapi kebencian terhadap pelarian Rohingya kesan daripada berita palsu serta ketidakfahaman ke atas golongan pelarian ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
• Dr. Aizat Khairi berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia. Kini beliau merupakan Ketua Jabatan Pembangunan Pelajar & Pensyarah Kanan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Dr Aizat Khairi
Mon Apr 27 2020
Rakyat seharusnya memahami dulu mengapa pelarian Rohingya lari ke negara ini dan berharap mendapatkan perlindungan di negara lain termasuk Malaysia. Gambar fail/ Reuters.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Pembelian empat helikopter AW189 APMM lancar, kelengkapan pesawat dimuktamad
Sesi ini membabitkan tinjauan pihak pengurusan kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke fasiliti pembuatan pesawat tersebut di Leonardo Helicopters Division, Vergiante Plant, Milan, Itali.
Pendaratan cemas elak keadaan lebih mudarat - Pakar penerbangan
Lazimnya ia berlaku apabila kemungkinan situasi itu tidak dapat diatasi dalam masa terdekat dan perlu dilakukan.
Insiden Pulau Angsa: Helikopter terbang rendah, berpusing-pusing sebelum jatuh dalam laut - Saksi
Saksi terkejut apabila melihat sebuah helikopter terbang rendah dan berpusing-pusing sebelum jatuh ke laut.
Insiden Pulau Angsa: Bangkai helikopter APMM dijangka dibawa keluar petang ini
Sehingga itu, polis melakukan pengawasan bagi memastikan keselamatan di sekitar lokasi kejadian.
Insiden helikopter terhempas di Pulau Angsa: Empat termasuk juruterbang selamat - CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter yang dikendali oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas di perairan Pulau Angsa, Klang, Selangor.
Helikopter APMM lakukan pendaratan cemas di Pulau Angsa
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.55 pagi Selasa ketika melakukan latihan menyelamat.
Kapal APMM OPV1 dinamakan KM Tun Fatimah
Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dinamakan sebagai Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah.
Operasi kesan lelaki dikhuatiri lemas diperluas - APMM Terengganu
Operasi semalam yang membabitkan kawasan seluas 50.4 batu nautika, ditamatkan pada 7 petang kerana keadaan gelap dan ombak bergelora.
Maritim Malaysia rekod nilai rampasan RM101.9 juta tahun lepas
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merekodkan RM101.9 juta nilai rampasan dan 1,200 tangkapan atas pelbagai kesalahan tahun lepas.
APMM tahan 11 warga Thailand tangkap siput buluh di perairan Perlis
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 11 warga Thailand yang disyaki melakukan aktiviti menangkap siput buluh di kedudukan 1.2 batu nautika dari barat muara Sungai Baru, semalam.