Seorang pekerja warga asing cedera selepas terkena bom petrol yang dibaling ke sebuah pusat hiburan di Kota Damansara, di sini sekitar jam 4.15 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din bagaimanapun menolak andaian kejadian berkemungkinan ada kaitan dengan serangan pengganas.

Siasatan awal pihaknya mendapati bom petrol berkenaan dibaling oleh dua lelaki malah premis berkenaan juga pernah menerima ugutan sebelum ini.

Pihaknya akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan bagi mengesan suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.