Seorang lelaki dikhuatiri tertimbus apabila berlaku tanah runtuh yang menghempap bahagian dapur rumahnya di Jalan Kampung Teras, Kampung Masjid, Ijok, Batu Kurau pada Jumaat.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang berusaha sedaya upaya untuk mencari mangsa.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Mohamad Yunus Abu, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.33 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau dikejarkan ke lokasi, dan dibantu oleh anggota dari BBP Selama.

“Dipercayai terdapat seorang mangsa lelaki Melayu lingkungan 57 tahun tertimbus,” katanya.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan.