Tutup

Seorang lagi Orang Asli Sungai Berua dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu

Seorang lagi Orang Asli Sungai Berua dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu
Mangsa ditahan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Hulu Terengganu. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang lagi masyarakat Orang Asli Sungai Berua dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu kerana dikuatiri mempunyai tanda-tanda jangkitan pada saluran pernafasan.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohd Jusoh berkata lelaki yang berusia 29 tahun itu dikesan kira-kira jam 2.57 pagi Isnin, katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Katanya mangsa ditahan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Hulu Terengganu.

Menurut Mohd lagi, mangsa yang mempunyai pertalian dengan Orang Asli, Kuala Koh, Kelantan itu  mengalami batuk selama tiga hari.
Jelasnya sehingga kini seramai 10 masyarakat Orang Asli masih menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu.

Menerusi jumlah itu lapan mangsa terdiri daripada Orang Asli Kuala Koh manakala dua lagi penduduk dari Kampung Sungai Berua.


Tag: Hospital, orang asli, mangsa, kesihatan, Orang Asli Sungai Berua, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohd Jusoh, Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan, Hospital Hulu Terengganu, jangkitan saluran pernafasan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.