Sekurang-kurangnya seorang maut manakala 11 lagi cedera dalam satu kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dan kereta jenis Perodua Myvi di Kampung Tenglu, Mersing, Johor.

Keseluruhan kedua-dua kenderaan terbakar selepas terlibat dalam kemalangan kira-kira 11 malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Endau, Mohd Alias Hussin, dalam satu kenyataan berkata, identiti mayat lelaki dalam lingkungan 20-an tidak dapat dikenal pasti di lokasi kejadian ekoran kenderaan dan mangsa telah terbakar dan berada di bawah bas tersebut.

Sementara itu, 11 lagi mangsa, termasuk penumpang dan pemandu bas, selamat.

Keadaan bas ekspres yang terbakar selepas bertembung dengan sebuah Perodua Myvi di Kampung Tenglu, Mersing, malam tadi. - Jabatan Bomba dan Penyelamat
Jelas Mohd Alias, pihak Bomba terima panggilan pada 11. 25 malam manakala operasi menyelamat berakhir pada pukul 3 pagi.

Seramai 17 kekuatan anggota terlibat menggunakan jentera dari balai Endau dan Mersing.