announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Seorang maut, dua parah kereta bertembung van di Yan

Seorang maut, dua parah kereta bertembung van di Yan
Keadaan kereta dan van yang bertembung dalam kemalangan di Jalan Yan Kechil, Yan, Kedah pada Ahad menyebabkan seorang maut manakala dua lagi cedera parah. - Gambar Astro AWANI
YAN: Seorang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan bertembung di Jalan Yan Kechil, berhampiran Hospital Yan pada petang Ahad.

 

Mangsa yang maut merupakan pemandu kereta Proton Iswara yang mengalami kecederaan parah di kepala selepas kereta dipandunya terperosok di hadapan sebuah van.

 
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, dalam kejadian pada pukul 1.20 petang itu, mangsa yang berusia 30-an maut di tempat kejadian manakala dua lagi mangsa iaitu penumpang kereta Proton Iswara itu dan pemandu van mengalami kecederaan parah.

 

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, anggotanya mendapati kemalangan melibatkan kedua-dua kenderaan itu dipercayai berlanggar antara satu sama lain.

 


Jelas Mohamadul Ehsan, anggotanya terpaksa memotong besi dengan menggunakan ‘Rescue Tools’ untuk mengeluarkan ketiga-tiga mangsa yang tersepit.

 
Beliau berkata, pemandu kereta Proton Iswara itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan, manakala seorang mangsa yang menaiki kereta berkenaan berusia 30-an pula cedera serta pemandu van berusia 50-an turut mengalami kecederaan. 

 

Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Yan untuk rawatan selanjutnya. 

 

Manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

 





Tag: kemalangan, seorang maut, dua cedera parah, kereta bertembung, kereta, van, Yan, Kedah, Jalan Yan Kechil



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.