Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, sejak Januari lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang berusia 24 dan 39 tahun itu mengaku tidak bersalah atas dakwaan mendera anak mereka.

Ibu tiri kanak-kanak itu didakwa atas dua tuduhan termasuk menyebabkan kecederaan parah.

Manakala bapa kandung mangsa didakwa satu tuduhan mengikut Akta Kanak-kanak 2001.

Mahkamah kemudian me mutuskan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM20,000 untuk setiap pertuduhan.

Mereka juga perlu melapor diri di balai polis Rantau Panjang pada setiap 1 hingga 5 haribulan setiap bulan hingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 16 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Kanak-kanak itu Nur Zuliana Zaara dipercayai didera oleh ibu tirinya sehingga menyebabkan kanak-ka-nak itu mengalami kecederaan di seluruh badan.