Sepasang suami isteri parah selepas diserang tiga lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di Taman Kuang Indah, Sungai Bakap, Pulau Pinang malam Jumaat.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa yang berusia 48 tahun ditetak di dada, belakang badan selain mengalami patah tangan kiri manakala isterinya yang berusia 37 tahun ditetak di tangan kanan dan kiri.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian pasangan terbabit sedang berjalan dari sebuah tokong menuju ke kereta mereka yang diletakkan berhampiran kawasan perumahan terbabit.
Menurutnya, tidak lama kemudian pasangan itu dihampiri tiga lelaki bersenjatakan parang dan menyerang serta menetak pasangan terbabit sebelum mereka melarikan diri.
Kedua-dua mangsa cuba lari menyelamatkan diri namun gagal kerana suspek menetak mereka tanpa belas kasihan.
Katanya, pasangan terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap sebelum dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut berikutan kedua-duanya mengalami kecederaan parah.
Shafee berkata, hasil semakan melalui kamera litar tertutup (CCTV) mendapati ada tiga lelaki bersenjatakan parang panjang menetak pasangan berkenaan.
Setakat ini, polis masih lagi menyiasat motif kejadian dan kedua-dua mangsa juga mendakwa tidak tahu mengapa suspek menyerang dan menetak mereka.
Usaha mengesan semua suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Jul 27 2019
Mangsa yang berusia 48 tahun ditetak di dada, belakang badan selain mengalami patah tangan kiri manakala isterinya yang berusia 37 tahun ditetak di tangan kanan dan kiri.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Kerajaan lulus peruntukan RM1 juta untuk keperluan mendesak di HSJ - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM1 juta untuk menaiktaraf serta menambah keperluan yang mendesak di Hospital Seberang Jaya.
3 lelaki ditahan polis bantu siasatan kes kematian warga asing
Ketiga-tiga lelaki iaitu majikan dan rakan sekerja mangsa ditahan di dua lokasi iaitu Butterworth dan Permatang Pauh.
Penumpang nyaris maut bas ekspres terbalik
Mangsa, enam lelaki dan 10 wanita, hanya mengalami kecederaan ringan dan terus diberi rawatan awal di lokasi kejadian.
Seorang pekerja kilang melecur, jengkaut dipandu terbakar
Mangsa, Muhammad Hafiz Sulaiman melecur pada badan dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan.
Lelaki maut dalam perjalanan, tidak sempat ziarah isteri di hospital
Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 110Z melanggar belakang SUV jenis Proton X70 yang memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan.
Tragedi Hawk: Mohd Fareez stabil, masih dirawat di HSJ
Juruterbang TUDM Mejar Mohd Fareez Omar yang terselamat dalam nahas pesawat Hawk 108 di Butterworth pada 16 Nov lepas, dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.
Tragedi Hawk: Mejar Fareez beransur pulih, masih terima rawatan di HSJ
Mejar Mohd Fareez Omar, 33, yang cedera dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan sudah beransur pulih.
Suami tikam isteri akibat cemburu
Perselisihan faham akibat cemburu dipercayai menjadi punca seorang lelaki menikam isterinya sehingga mati.
Gadis jadi 'pemuas nafsu' bapa sejak berusia 6 tahun
Penderitaan seorang gadis berusia 18 tahun yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan liwat bapa kandung sendiri sejak 12 tahun lalu akhirnya terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis.
Kereta dirempuh pemandu lawan arus, isteri meninggal dunia, suami dalam ICU
Mangsa meninggal dunia pada pukul 11 pagi selepas dua hari menerima rawatan di unit rawatan rapi, Hospital Seberang Jaya.