awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serah jawatan PM: Tidak akan berlaku sebelum APEC 2020 - Tun Mahathir

Astro Awani
Astro Awani
10/12/2019
16:45 MYT
Serah jawatan PM: Tidak akan berlaku sebelum APEC 2020 - Tun Mahathir
MAHATHIR: Setakat yang saya tahu, saya akan berundur dan akan menyerahkan baton kepadanya. - Reuters
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa menjanjikan penyerahan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun terdapat dakwaan salah laku seksual terbaru membabitkan bakal penggantinya itu.
Dalam satu wawancara eksklusif bersama Reuters, Dr Mahathir, 94, bagaimanapun memberitahu, penyerahan jawatan itu tidak akan berlaku sebelum sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang akan menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah pada November 2020.
"Saya telah berjanji dan saya akan lakukannya, namun pertukaran yang segera sebelum sidang APEC hanya akan menimbulkan gangguan.
"Setakat yang saya tahu, saya akan berundur dan akan menyerahkan baton kepadanya (Anwar). Jika rakyat tidak menerima beliau, itu urusan mereka, namun saya akan jalankan bahagian saya dalam janji itu... walaupun apa dakwaan yang dihadapinya.
“Saya telah berjanji... saya akan berpegang pada janji,” ujar beliau.
Ditanya sama ada penyerahan jawatan itu boleh terjadi pada Disember 2020, Mahathir berkata: “Kita lihat bila tiba masanya.”
Hubungan yang tidak menentu antara kedua-dua sosok politik itu berubah-ubah – dari kawan kepada musuh politik hingga bersatu kembali untuk merampas kuasa – telah membentuk landskap politik di Malaysia selama berdekad-dekad lamanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#APEC 2020
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#serah jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan