awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serang Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka: Lima ditahan, empat diburu - KPN

Bernama
Bernama
05/09/2016
15:36 MYT
Serang Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka: Lima ditahan, empat diburu - KPN
Ibrahim Ansar diserang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad. - Gambar fail
Lima individu ditahan manakala empat lagi sedang diburu polis selepas disyaki terlibat dalam kes Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia Ibrahim Ansar diserang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lima yang ditahan itu berumur lingkungan 27 hingga 56 tahun ditahan di sekitar Dengkil, Perak dan Kuala Lumpur awal pagi ini oleh pasukan polis Selangor.
"Mereka yang ditahan akan di siasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah) Khas 2012 (Sosma)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Galeri Ketua Polis Negara di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Ditanya sama ada kumpulan lelaki yang ditangkap dan sedang diburu itu mempunyai kaitan dengan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE), Khalid berkata pihaknya masih menyiasat perkara itu.
"Saya ingin mengingatkan kepada penyokong-penyokong LTTE di luar sana bahawa kumpulan ini telah diharamkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, maka kami boleh ambil tindakan terhadap mereka," katanya.
Beliau berkata Malaysia mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi, dan LTTE telah diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas.
"Kami juga akan menjalankan siasatan dan lihat apa tindakan-tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang bersuara lantang sejak kebelakangan ini yang seolah-olah menyokong atau memberi simpati terhadap Tamil tigers," katanya.
Beliau yang turut melahirkan kekesalan dengan kejadian tersebut berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
“Terdapat segelintir orang yang nampaknya membuat bantahan kehadiran bekas presiden Sri Lanka itu (Mahinda Rajapaksa) yang datang ke negara ini (bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia), dan motif serangan masih disiasat," katanya.
Ditanya mengenai keadaan Ibrahim, Khalid berkata beliau telah menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Ampang, semalam dan difahamkan Ibrahim mengalami lebam-lebam di kepala serta beberapa anggota badan.
Beliau turut memberi amaran bahawa polis tidak akan memberi ruang kepada mereka yang terlibat.
Ditanya mengapa polis tidak membuat tangkapan ketika berlaku kekecohan itu di KLIA semalam, Khalid berkata pada awalnya pihak polis menyangka ia hanya pergaduhan biasa.
"Saya telah lihat rakaman video pergaduhan berkenaan dan ia begitu kecoh dan polis yang bertugas di KLIA menyangkakan ia pergaduhan biasa. Sebaliknya tidak.
“Tindakan tidak diambil adalah untuk mengelakkan keadaan lebih tegang. Mereka hendak lari ke mana? Negara ini senang untuk cari dan tahan mereka yang terlibat," katanya.
Semalam, Kementerian Luar Sri Lanka dalam satu kenyataan di laman sesawangnya menyatakan pesuruhjaya tingginya di sini telah diserang oleh sekumpulan individu, dan pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia bagi mengenal pasti pelaku dan membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Ibrahim Ansar
#insiden serangan
#KLIA
#PDRM
#Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan