awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
Indonesia akan bina Kampung Haji di Mekah bagi kurangkan kos ibadah haji
Bekalan elektrik akan dipulihkan di barat daya Berlin lima hari selepas serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan balas tentera Israel tidak babitkan Batalion Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
02/09/2019
14:09 MYT
Serangan balas tentera Israel tidak babitkan Batalion Malaysia
ATM memaklumkan kejadian itu tidak melibatkan kawasan tanggungjawab penugasan Batalion Malaysia.
Kejadian serangan balas roket dan tembakan artileri antara tentera Israel (Israel Defence Force) dan Hezbollah pada Ahad hanya memberi kesan kepada petugas United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) yang berada di sempadan Israel-Selatan Lubnan (Blue Line) sahaja.
Dalam satu kenyataan, Angkatan Tentera Malaysia memaklumkan kejadian itu tidak melibatkan kawasan tanggungjawab penugasan Batalion Malaysia.
Walau bagaimanapun, arahan telah dikeluarkan pihak Markas UNIFIL untuk semua batalion negara-negara terlibat termasuk Malaysia melalui pasukan MALBATT 850-6 berada dalam keadaan berjaga-jaga dan sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan.
Buat masa ini, keadaan adalah terkawal dan mereka melaksanakan rutin operasi yang meliputi rondaan di sekitar kawasan tanggungjawab dan kawalan kem seperti biasa.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#ATM
#Israel
#serangan
#tembakan
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan