awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan ke atas bapa saya boleh rugikan negara, kata anak Najib

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
10/08/2015
04:53 MYT
Serangan ke atas bapa saya boleh rugikan negara, kata anak Najib
Naziffuddin (gambar) menyifatkan serangan peribadi ke atas bapanya bukan sahaja memberi kesan terhadap bapanya malah boleh menyebabkan rakyat menderita. -Gambar YouTube
Anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohd Naziffuddin Najib menyifatkan serangan peribadi ke atas bapanya bukan sahaja memberi kesan terhadap bapanya malah boleh menyebabkan rakyat menderita.
Turut kecewa dengan serangan bertalu-talu yang dilempar pelbagai pihak terhadap bapanya, Nazifuddin berkata pelbagai tuduhan yang dibuat itu juga boleh merugikan negara.
“Ketidakpercayaan akan membuatkan masyarakat sanggup 'mengorbankan' negara semata-mata untuk menjatuhkan perdana menteri.
"Ini kerana pelabur-pelabur asing takut untuk melabur kerana beranggapan negara tidak stabil, sekali gus menyebabkan nilai mata wang kita jatuh dan seterusnya akan mempengaruhi ekonomi secara keseluruhannya," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia selepas merasmikan Cafe Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di sini pada Ahad.
Nazifuddin berkata tohmahan itu dilihat sebagai rancangan pihak berkepentingan untuk menjatuhkan bapanya.
"Pihak berkenaan harus sedar tekanan yang mereka berikan tidak memperbaik keadaan, sebaliknya memburukkan situasi negara dalam pelbagai aspek, seterusnya kita sendiri yang akan terkesan.
"Saya berharap masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin yang tidak sahih dan memikirkan implikasinya terhadap kesejahteraan negara dalam jangka masa panjang," katanya.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#JMM
#Najib Tun Razak
#Naziffuddin
#pelabur
#tohmahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan