Seronok mengikuti kehidupan gelandangan bersama rakan-rakan di kawasan Chow Kit selain takut dimarahi ayahnya antara punca kanak-kanak lelaki Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas, enggan pulang ke rumahnya.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata perkara itu berdasarkan rakaman keterangan percakapan bapa kanak-kanak berumur 10 tahun itu, Noor Shahril Yusmarizal, 39, dan ibunya Siti Rohayu Yaacob, 37.
"Siasatan mendapati kanak-kanak itu telah pergi ke Pudu menaiki bas Rapid KL untuk berjumpa dengan rakannya dikenali sebagai Ari berumur 13 tahun di Chow Kit sebelum menetap di rumah gelandangan selama beberapa hari dan enggan pulang ke rumah kerana berasa seronok menerima makanan percuma daripada orang awam setiap malam.
"Bagaimanapun, Noor Ayrill Aqasha yang kehabisan wang telah menaiki bas percuma Go-KL untuk ke rumah ibunya, namun dia terlupa jalan ke rumah ibunya membuatkan dia hilang arah sehingga ditemui semalam (Sabtu)," katanya ketika dihubungi Bernama malam Ahad.
Chong berkata ibu bapa Noor Ayrill Aqasha telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada 8 malam tadi untuk memberikan keterangan berhubung perkara ini.
Menurut Chong, Noor Ayrill Aqasha tidak mahu pulang ke rumah kerana risau dimarahi ayahnya maka dia membuat keputusan untuk menetap di kawasan gelandangan selama beberapa hari.
"Kanak-kanak ini akan pulang dan tinggal bersama ibunya hasil perbincangan kedua ibu bapanya yang berjanji tidak mengabaikan anak mereka pada masa depan," katanya.
Noor Ayrill Aqasha dilaporkan hilang pada 31 Okt lalu selepas keluar dari bilik sewa bapanya di Jalan Jejaka 5, Taman Maluri, di sini.
Kehilangan Noor AyrillAqasha tersebar di laman sosial sejak semalam selepas ibu bapanya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi mereka selain memaklumkan kepada polis.
Kanak-kanak itu bagaimanapun ditemui bersendirian oleh abang rakannya, Mohd Ismail Abdullah, 15, di sebuah perhentian bas di Bukit Ampang, di sini kira-kira 7.30 malam pada Sabtu dalam keadaan lemah. - Bernama
Bernama
Mon Nov 07 2016
Noor Ayrill ditemui semula dalam keadaan lemah di sebuah perhentian bas di Bukit Ampang kira-kira 7.30 malam pada Sabtu. - Gambar fail
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Seronok hidup gelandangan punca Noor Ayrill Aqasha hilang - Polis
Seronok mengikuti kehidupan gelandangan bersama rakan-rakan di kawasan Chow Kit selain takut dimarahi ayahnya antara punca Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril enggan pulang.