awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sesetengah pihak sifatkan aksi remaja berbasikal 'sengaja menempah maut'

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
19/02/2017
03:30 MYT
Sesetengah pihak sifatkan aksi remaja berbasikal 'sengaja menempah maut'
Lapan remaja lelaki berbasikal maut apabila dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, manakala lapan lagi cedera.
IBARAT kata pepatah, sudah terhantuk, baru nak terngadah.
Kejadian kemalangan yang meragut lapan nyawa remaja di di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru pada awal pagi Sabtu, disifatkan sebagai sesuatu yang dibimbangi boleh berlaku pada bila-bila masa oleh penduduk tempatan.
Biarpun curahan simpati buat mangsa dan keluarga tidak putus-putus diterima, namun dalam masa yang sama, 'kedegilan' kumpulan pengayuh basikal itu, yang kebanyakannya masih di bawah umur, menimbulkan rasa yang bercampur-baur apabila berita kemalangan itu dilaporkan media.
Bagi penduduk di sekitar kawasan berkenaan, pengalaman terserempak dengan kumpulan itu bukan perkara asing.
BUkan sahaja berlumba, mereka adakalanya berhenti di bahu jalan beramai-ramai bersama basikal masing-masing, malah adakalanya berani berkumpul di laluan paling kanan jalan selepas tengah malam kerana beranggapan tidak ada kenderaan yang menggunakannya.
Dalam banyak situasi, teguran dan bunyi hon oleh pemandu dan pengguna jalan raya yang lain, bagai mencurah air ke daun keladi, malah ada pula ahli kumpulan itu yang mengejek semula dan berlagak 'hebat' kepada pemandu kenderaan.
Seorang pengguna Facebook, Felicia Ng, pernah memuat naik satu status mempersoalkan kewajaran aktiviti tersebut dan mengapa anak-anak dalam usia begitu dibiarkan berlumba basikal pada waktu yang tidak sesuai.
pernah memuat naik satu status mempersoalkan kewajaran aktiviti ini
Pengguna Facebook pernah memuat naik satu status mempersoalkan kewajaran aktiviti ini.
Orang ramai dan netizen berkongsi pengalaman dan rasa jengkel mereka itu ke laman sosial.
Biarpun agak kasar catatan mereka, namun hakikatnya kata mereka, insiden terkini itu seharusnya menjadi pengajaran kepada anak-anak muda itu agar menghormati pengguna jalan raya dan tidak memandang enteng nasihat golongan dewasa.
Antara reaksi dan perkongsian di Facebook.
Antara reaksi dan perkongsian di Facebook.
citer psl bdk basikal maut kne lggr tu..korang tgk la sndri cra dorang bawa..ni slh 1 video..nk tgk lebih kt ig #tenteraflyjb n #larkinflyjb pic.twitter.com/NmPQCABlhL
— amoyie (@amoyie) February 18, 2017
tgk video geng bdk basikal tu sendiri boleh nmpk menempah maut, lgsg tak pakai apa2 yg bercirikan keselamatan. kita pula yg risau nyawa dorg
— Embun Karina (@EmbunKarina) February 18, 2017
Ibu bapa juga pula diminta agar lebih bertegas dan mencari jalan untuk memastikan anak-anak tidak terbabit dalam aktiviti yang tidak berfaedah, yang bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri tetapi juga orang lain.
Hope kawan2 kepada arwah adik-2 yg maut tu mak ayah dia kurung depa . Mende ni main basikal tgh pagi. Kalau adik aku tu, aku pukui kan je/p>— (@_mek_wa_) February 19, 2017
Tapi memang tugas ibu bapa lah pantau anak. Apa kejadah naik basikal 3 pagi. Nampak sangat mak ayah tak kisah.
— (@Atiqhshs) February 18, 2017
Pukul 3 pagi main basikal? Persoalannya, kenapa ibu bapa tak pantau anak2?
— CARL JERKINSON (@mc_galwyn) February 19, 2017
Waktu dinihari sebegitu, ttjwb ibu bapa utk pastikan anak remaja mereka wajib berada di tempat tidurnya. https://t.co/MV6DCEnA4Y
— YCLING(@twt_basikal) February 18, 2017
pelajar maut main basikal. in my opinion: kanak2 yang salah.[kenapa main basikal tgah malam] ibu bapa salah. [kenapa tak pantau anak2]
— her she (@fatinnurnajwa26) February 18, 2017
Sabtu lalu, lapan remaja lelaki berbasikal maut apabila dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, manakala lapan lagi cedera.
Topic Berkaitan
#basikal
#dirempuh
#jalan lingkaran dalam
#maut
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan