Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil pendekatan mengadakan sesi pembelajaran melalui televisyen pendidikan menerusi saluran baharu RTM, TV Okey, bermula minggu depan.
Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata sesi pembelajaran melalui televisyen pendidikan itu akan menawarkan siri latihan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan di negara ini khusus bagi mereka yang tidak mempunyai akses internet.
"Pendekatan ini diambil bagi memberi ruang kepada pelajar yang tiada akses kepada internet tetapi dapat akses kepada televisyen. Kita sedar bahawa bukan semua pelajar mendapat akses internet.
"Pendekatan ini diambil kementerian untuk memberikan seluas mungkin ruang dan peluang kepada bukan sahaja pelajar tetapi juga guru dan ibu bapa dalam mendapat akses kepada pendidikan sepanjang tempoh ini," katanya ketika menjadi tetamu Program Bicara Naratif RTM, di sini, hari ini.
Mohd Radzi, yang juga menteri kanan, berkata walaupun kementerian telah mengeluarkan garis panduan sebelum ini, kelonggaran turut diberikan kepada guru untuk menentukan apakah kaedah terbaik yang boleh diguna pakai bagi memastikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.
Katanya, oleh kerana ini merupakan kali pertama PKP dikuatkuasakan, kementerian turut melakukan satu kaji selidik untuk melihat apakah peranti atau gajet yang digunakan oleh pelajar sekolah di rumah bermula 28 Mac lalu.
Seramai 500,000 responden yang terdiri daripada ibu bapa melibatkan 700,000 pelajar telah mengisi kaji selidik berkenaan terutama mereka yang mempunyai akses internet.
"Hasil dapatan daripada kaji selidik itu, hampir 80 peratus pelajar sekolah menengah mempunyai telefon pintar diikuti sekitar 36 peratus murid sekolah rendah. Bagaimanapun, untuk peranti lain seperti tablet, komputer dan komputer riba, jumlah milikan adalah amat rendah iaitu sekitar hanya lima hingga 14 peratus.
"Memang betul ada akses kepada internet tetapi kebanyakannya hanya melalui telefon pintar dan ini adalah satu kekangan terutama apabila pembelajaran itu terlampau rumit sekali gus menyebabkan kesukaran untuk menyiapkan tugasan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 02 2020
Kementerian Pendidikan turut melakukan satu kaji selidik untuk melihat apakah peranti atau gajet yang digunakan oleh pelajar sekolah di rumah bermula 28 Mac lalu.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
TikTok kini bolehkan anda muat turun video untuk tontonan luar talian
Mengikut tetapan yang disediakan, pengguna boleh lakukan muat turun di antara 50 ke 200 video dengan masa tontonan mencapai 120 minit.
PEDi bantu tingkatkan sosioekonomi komuniti tempatan - Fahmi
Ia kini berfungsi sebagai pemangkin ekonomi digital bagi membantu meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti tempatan.
Starlink milik Elon Musk mahu sokong akses internet di Gaza
Ia akan menyokong akses internet untuk agensi bantuan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa selepas rangkaian telekomunikasi di Genting Gaza lumpuh sepenuhnya.
Pembinaan menara telekomunikasi cetus gelombang perniagaan dalam talian
Akses Internet menjadi pemangkin minat penduduk Kampung Sungkup, Sungai Petani, terhadap aktiviti perniagaan.
PRU15: 'Jangankan kata 5G, talian telefon biasapun ada yang tak dapat' - Belia Kuala Pilah
Kekangan tersebut menjadi faktor kegagalan bagi sebahagian anak muda tempatan untuk mengubah taraf kehidupan mereka.
Pelajar Orang Asli ketinggalan PdPR, pembukaan sekolah penyelesaian terbaik - Abdul Rahman
Pelajar Orang Asli ketinggalan dalam pendidikan sepanjang penutupan sesi persekolah bersemuka disebabkan kesukaran akses Internet bagi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Netizen di China cecah satu bilion
Penggunaan internet perseorangan di China pada separuh pertama tahun ini menunjukkan trend pertumbuhan yang stabil.
Majlis Ekonomi Digital bantu selaraskan agensi dan kementerian - Mustapa Mohamed
Adalah wajar bagi EPU membuat serta membentangkan kajian mengenai ekonomi digital negara bagi memudahkan penyelarasan itu.
Dua beradik daki bukit, panjat pokok untuk dapat Internet ikuti kelas dalam talian
Mereka berdua terpaksa mendaki bukit dan memanjat pokok bagi mendapatkan akses Internet di kawasan belakang rumah di Kampung Bukit Tal Tujuh, Jerangau, di sini.
Kenapa tidak tutup sekolah ketika kes COVID meningkat? Ini jawapan Menteri Pendidikan
Masih ada segelintir pelajar tidak mempunyai akses penuh kepada Internet dan teknologi dalam menjalankan pembelajaran dalam talian.