SFC rampas 565 batang balak haram tidak bertuan

SFC rampas 565 batang balak haram tidak bertuan
Siasatan awal mendapati, kesemua balak berkenaan tiada cop rasmi pelesenan dan siasatan kawasan terlibat tidak menemui sebarang petanda kehadiran suspek. Foto ihsan SFC.
KUCHING: Sarawak Forestry Corporation (SFC) merampas sejumlah 565 batang balak haram di kawasan Sungai Setalun Belawai minggu lalu.

Dalam satu kenyataan, SFC menyatakan, rampasan itu dilakukan pasukan penguatkuasa yang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.

"Ketika ditemui, balak berkenaan telah dikumpul untuk dipindah ke kawasan lain.
"Kami percaya balak-balak ini diambil dari hutan berdekatan mengguna jengkaut oleh individu tidak dikenali," menurut kenyataan itu.

Siasatan awal mendapati,  kesemua balak berkenaan tiada cop rasmi pelesenan dan siasatan di kawasan terlibat tidak menemui sebarang petanda kehadiran suspek.

Satu laporan berhubung kes berkenaan telah dibuat di Balai Polis Sarikei dan balak-balak tersebut diserah kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk siasatan lanjut