Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan berhubung saman difailkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini kepadanya serta Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Mohd Shafie berkata perkara itu bukan masalah dan beliau akan mengikut undang-undang serta peraturan yang ditetapkan.
Malahan beliau berkata, Musa patut mencontohi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang berundur diri secara budiman apabila tidak mendapat sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) sekali gus memberi laluan kepada Tun Sakaran Dandai menjadi ketua menteri pada tahun 1994.
"Saya masih ingat lagi, bila mana dia (Pairin) mengangkat sumpah dan membentuk kerajaan (tetapi) selepas itu dia hilang sejumlah sokongan ADUN dan majoriti tidak cukup.
"Dia sebagai seorang budiman yang mematuhi undang-undang dan memahami undang-undang, tanpa ada sebarang bantahan terus menerima nasihat dan pandangan (letak jawatan) daripada TYT Tun Said Keruak (ketika itu) untuk membolehkan Tun Sakaran mengambil alih selaku ketua menteri," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Masjid Pekan Semporna di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saman difailkan Musa yang mendakwa pengakuan sumpah Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri oleh TYT adalah tidak berpelembagaan dan tidak sah.
Mohd Shafie berkata, selain kes Pairin itu terdapat contoh lain yang cukup jelas seperti di Perak iaitu kes bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tidak mendapat sokongan majoriti ADUN maka beliau 'jatuh'.
"Berdasarkan Perlembagaan Negeri Sabah Artikel 7, cukup jelas menyatakan apabila ketua menteri tidak mempunyai cukup jumlah undi (yang dinyatakan majoriti keyakinan daripada ADUN) maka atas penilaian dan pandangan TYT bahawa mana-mana ketua menteri berundur selain membubarkan Dewan Undangan Negeri atas persetujuannya," katanya lagi.
Sementara itu, beliau berharap rakyat dapat bersabar dan memberi ruang untuk kerajaan pimpinannya menunaikan segala perkara yang dijanjikan sebelum ini.
"Bersabar, bukan semudah itu kita boleh tunaikan segala janji yang kita telah umumkan, ini akan ambil sedikit masa.
"Tetapi Insya-Allah saya sebagai seorang pemimpin jarang berjanji kalau saya tidak mampu menunaikannya," katanya dalam nada sebak dan disahut tepukan gemuruh kira-kira lebih 5,000 penduduk Semporna yang hadir ke majlis itu.
Di samping itu, Mohd Shafie berkata kerajaan negeri dalam perancangan membawa masuk pelabur ke Sabah khususnya dalam sektor perindustrian dalam tempoh terdekat.
Inisiatif itu, katanya seiring untuk merancakkan ekonomi pantai timur Sabah.
"Ini bakal menjana peluang pekerjaan kepada anak-anak kita di daerah-daerah berhampiran (dari tempat tinggal)," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu May 17 2018
Shafie menyampaikan ucapan pada majlis berbuka puasa hari pertama Ramadan di Masjid Semporna malam ini. - BERNAMA
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
BN Sabah sedia jika pilihan raya negeri diadakan lebih awal - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 sekiranya ia diadakan lebih awal, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.
GRS-BN di Sabah 'terkubur', hilang percaya terhadap Hajiji
Seramai 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menarik sokongan kepada Kerajaan Sabah dipimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN.
Hanya dua portfolio menteri penuh, Arthur Kurup bimbang pembangunan Sabah dipinggir
Sabah dilihat sebagai wilayah yang 'rugi' apabila hanya diberikan dua portfolio menteri penuh berbanding Sarawak yang mendapat lima portfolio termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri II.
Pasca PRU15: GRS tolak tuduhan isytihar 'perang' tehadap BN Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini menolak sekeras-kerasnya dakwaan kononnya gabungan itu mengisytiharkan 'perang' terhadap Barisan Nasional (BN) Sabah, kata Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor.
PRU15: BN Sabah akur dan sokong gabungan diputuskan BN Pusat
Semua tujuh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan akur dengan keputusan BN Pusat dalam menentukan gabungan yang akan mentadbir negara.
PRU15: Pilih parti bawa perubahan, pembangunan - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) dan rakan kerjasamanya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merupakan parti terbaik dalam membawa perubahan serta pembangunan, seterusnya memberikan masa depan lebih baik untuk Sabah.
PRU15: Rakyat Sabah perlu yakin janji BN basmi kemiskinan - Bung Moktar
Rakyat Sabah perlu yakin terhadap janji dalam manifesto Barisan Nasional (BN) khususnya mengenai usaha membasmi kemiskinan di seluruh negara, kata Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
PRU15: Pertembungan GRS-BN di Ranau, Ewon tidak dapat restu BN Sabah
Tindakan Datuk Ewon Ebin bertanding di kerusi Parlimen Ranau pada PRU15 jelas membelakangkan keputusan Barisan Nasional (BN) Sabah.
PRU15: Bung Moktar, Maximus Ongkili kekal pertahan kerusi
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar kekal mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15; GRS-BN umum 24 calon, satu kerusi masih runding
Barisan Nasional (BN) Sabah mengumumkan 11 calon yang akan ditampilkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.