Anggota Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, di sini atas pertuduhan mencabul seorang gadis bawah umur, pada Oktober lalu.
Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM25,000 dengan dua penjamin iaitu anaknya, Amier Shafiq dan menantu, Muhamad Lokman Abdul Rashid.
Hakim Mahkamah Sesyen Kangar, Johari Hassan membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam bela, Dhalia Rohana Abdul Latif dengan dibantu Zuhair Ahmad Zakuan dan Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.
BACA: Allah tolong hamba yang dizalimi - Shahidan Kassim
Dalam hujahnya, Dhalia berkata, Shahidan yang merupakan bekas Menteri Besar Perlis dan pernah mengetuai delegasi anggota parlimen di persidangan antarabangsa tidak mungkin melarikan diri atau sengaja tidak hadir untuk menghadapi pertuduhan kecuali menghadapi masalah kesihatan.
Mengikut kertas pertuduhan,Shahidan dituduh mencabul gadis bawah umur berusia 15 tahun itu pada 21 Oktober lalu.
Kesalahan didakwa dilakukan di dalam kenderaan dinaikinya di tempat parkir Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.
Shahidan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Shahidan sebelum itu hadir seawal 8.20 pagi tadi, lengkap bersut hitam, bersongkok dan membawa tongkat dengan diiringi isteri, Datin Seri Shamsiah Mohd Yassin.
Turut kelihatan, lebih 50 penyokong Shahidan.
Pada 21 Oktober lalu, seorang gadis berusia 15 tahun yang difahamkan penyanyi kumpulan busker tajaan Shahidan, tampil membuat laporan polis dengan mendakwa dia dicabul tertuduh.
Bagaimanapun laporan tersebut telah ditarik balik dalam tempoh kurang 12 jam atas alasan tidak mahu memanjangkan kes.
Salim Aziz
Mon Nov 12 2018
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu (tengah) dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM25,000 dengan dua penjamin. - Foto BERNAMA
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
Masih ada masa untuk MOF pinda Belanjawan 2021 bagi raih sokongan
Beberapa pihak menjangkakan Kerajaan mempunyai masalah untuk peroleh sokongan mencukupi bagi Dewan Rakyat meluluskan Belanjawan 2021.
Shahidan muncul di mahkamah, tidak mengaku cabul gadis bawah umur
Anggota Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, atas pertuduhan mencabul seorang gadis bawah umur, Oktober lalu.