awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Siapa Datuk Amin?' - Muhyiddin nafi terlibat sindiket warga Bangladesh

Astro Awani
Astro Awani
03/06/2018
05:22 MYT
'Siapa Datuk Amin?' - Muhyiddin nafi terlibat sindiket warga Bangladesh
Muhyiddin turut mengarahkan supaya jika terdapat sebarang kelulusan ditangguhkan sehingga beliau diberikan taklimat terperinci mengenainya. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak dakwaan beliau terlibat dalam sindiket kemasukan pekerja asing warga Bangladesh ke negara ini.
Beliau pada masa sama menafikan mengenali individu bernama 'Datuk Amin' yang didakwa terlibat dalam sindiket itu.
"Berhubung dakwaan yang tular di media sosial bahawa saya telah didatangi oleh seorang yang bernama 'Datuk Amin' yang dikatakan terlibat dalam sindiket kemasukan pekerja asing Bangladesh ke Malaysia, saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mengenali individu tersebut.
"Tidak ada apa-apa perbincangan antara saya dan individu tersebut mengenai kemasukan pekerja asing Bangladesh ke Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Malah, Muhyiddin turut mengarahkan supaya jika terdapat sebarang kelulusan ditangguhkan sehingga beliau diberikan taklimat terperinci mengenainya.
Beliau berkata, KDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan sistem kemasukan pekerja asing ke negara ini untuk mengaut keuntungan.
"Saya telah meminta Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim supaya memberikan taklimat terperinci berhubung dakwaan kononnya KDN memberi kelulusan kepada individu tersebut untuk membawa masuk seramai 80,000 pekerja asing ke Malaysia.
"Sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang dan menjejaskan kepentingan negara akan diambil tindakan tegas," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#KDN
#media sosial
#Muhyiddin Yassin
#pekerja asing
#sindiket
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan