awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siapa kata Melayu malas? Itu tak betul - Tun Daim

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
22/12/2019
00:47 MYT
Siapa kata Melayu malas? Itu tak betul - Tun Daim
Daim menyarankan kerajaan memberi perhatian kepada empat isu utama dalam mendepani masalah ekonomi yang dijangka perlahan pada 2020. - Gambar fail
Tun Daim Zainuddin meluahkan kekecewaan beliau terhadap pandangan yang mengatakan penyebab orang Melayu tidak berjaya adalah kerana kaum itu sendiri yang sifatnya malas.
Bekas menteri kewangan itu menegaskan, banyak kejayaan telah dilakarkan orang Melayu yang menjadi kebanggaan rakyat, membuktikan kaum itu tidak malas seperti didakwa sesetengah pihak.
"Yang malas itu adalah mereka yang dapat kontrak, mereka yang dapat AP (Approve Permit), tetapi jual kepada pihak lain.
"Melayu sampai sekarang tidak malas. Kalau kita lihat kepada sejarah, Melaka dahulu jadi pusat pelabuhan yang berjaya. Itu semua (usaha) orang Melayu.
"Kita tengok yang naik LRT pagi-pagi, siapa? Orang Melayu. Yang jual nasi lemak, orang Melayu. Jadi kalau kata Melayu malas, itu tidak betullah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi dialog bertajuk 'Keusahawanan Sebagai Aset Negara' pada Sidang Kemuncak e-Usahawan Hero Muda 2019 di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Sabtu.
Pada sesi itu juga, Daim menyarankan kepada kerajaan supaya memberi perhatian kepada empat isu utama dalam mendepani masalah ekonomi yang dijangka perlahan tahun depan.
Beliau menggariskan empat isu utama yang sering menjadi perhatian rakyat iaitu kos sara hidup, perumahan, pakaian dan pekerjaan.
"Sekarang ini rakyat marah. Masalah makanan mahal, rumah yang mahal, serta tidak mampu untuk dimiliki.
"Jadi, perkara-perkara inilah yang perlu diberikan perhatian (oleh kerajaan)," katanya
Menyentuh mengenai pendidikan, Daim juga menasihatkan ibu bapa agar melihat minat anak-anak dan menggalakkan mereka memberi perhatian kepada bidang yang diminati berbanding memberi tekanan mendapat keputusan peperiksaan yang baik.
Katanya, masyarakat boleh mendapat banyak ilmu yang berguna dan mematangkan diri dalam menjalani hidup dengan cara banyak membaca.
Topic Berkaitan
#Daim Zainuddin
#ekonomi
#ilmu
#isu utama
#kos sara hidup
#malas
#Melayu
#pakaian
#pekerjaan
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan