awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JDT sambar khidmat bekas pemain sayap B-20 Brazil
Permit bazar Ramadan: PM gesa PBT henti guna orang tengah
9 maut, lebih 200 dirawat akibat air tercemar di India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siapa punya kapal terbang? Tolong ambil balik!

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
07/12/2015
10:14 MYT
Siapa punya kapal terbang? Tolong ambil balik!
Pemilik tiga buah pesawat diminta menuntut semula pesawat yang didapati 'tersadai' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Foto: Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd
Malaysia Airport (Sepang) Sdn Bhd meminta pemilik tiga buah pesawat untuk menuntut semula pesawat yang didapati 'tersadai' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dalam satu siaran notis yang dikeluarkan syarikat itu, pemilik pesawat berkenaan gagal menjelaskan bayaran caj yang dikenakan terhadap mereka.
"Jika anda gagal untuk mengambil semula pesawat ini dalam tempoh 14 hari notis dikeluarkan, pihak kami berhak untuk menjual atau melupuskan pesawat tersebut dibawah Akta Penerbangan Awam 1969.
"Wang tersebut akan digunakan untuk membayar caj dan hutang syarikat seperti dinyatakan dalam akta berkenaan," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Foto: Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd
Pemilik tiga buah pesawat diminta untuk menuntut semula pesawat yang didapati 'tersadai' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Foto Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd
Tiga pesawat tersebut dari jenis Boeing 747-200F dengan dua daripadanya berwarna putih dengan nombor pendaftaran TF-ARN dan TF-ARH manakala sebuah lagi berwarna putih mati dengan nombor pendaftaran TF-ARM.
Ketiga-tiga pesawat itu masing-masing diletakkan di ruang parkir KLIA lot B61, B62 dan M3.
Sebarang maklumat lanjut, hubungi pegawai Malaysia Airport Sepang, Zainol Mohd Isa di talian 03-87766100.
Topic Berkaitan
#Boeing
#KLIA
#Malaysia Airport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan