Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa siasatan antarabangsa dijalankan ke atas kematian bekas Presiden Mesir, Mohamad Morsi ketika sedang dibicarakan di mahkamah pada Isnin.
Menurut beliau, siasatan itu perlu dijalankan bagi mengetahui sama ada Morsi diberikan akses kemudahan perubatan asas ataupun tidak semasa dia berada di dalam tahanan.
“Siasatan antarabangsa terhadap kematian Mohamad Morsi perlu diadakan untuk menyiasat sekiranya Presiden pertama Mesir itu tidak diberikan kemudahan perubatan asas ketika ditahan di penjara,” katanya menerusi satu kenyataan.
Morsi, 67, meninggal dunia pada Isnin ketika menghadapi perbicaraan atas tuduhan 'mengintip' dan beliau telah meminta untuk bercakap sebelum rebah pengsan dan meninggal dunia kemudian.
Beliau dipenjarakan selepas digulingkan dan berdepan beberapa pendakwaan yang dikaitkan dengan kegiatan keganasan.
Kit Siang berkata, kerajaan Mesir perlu bertanggungjawab ke atas kematiannya sekiranya siasatan menunjukkan punca kematiannya adalah disebabkan kegagalan kerajaan itu penyediakan penjagaan kesihatan asas kepada beliau.
Selain itu, Kit Siang turut memetik kenyataan kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International menerusi laporan yang ditulis dua tahun lalu dengan menggambarkan layanan yang diterima Morsi sebagai “kejam dan tidak berperikemanusiaan.”
BACA: Morsi terima layanan buruk, kematiannya tragis - HRW
Menurut Kit Siang, Amnesty International turut menggesa satu siasatan dilancarkan berkaitan kematian Morsi serta keadaan yang dialaminya ketika dipenjarakan.
“Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa perlu mengadakan siasatan secara menyeluruh terhadap laporan yang dibuat selama beberapa tahun lalu yang menceritakan tentang layanan buruk yang diterima Morsi.
“Selain laporan-laporan tersebut, kenyataan yang dibuat oleh anak lelaki Morsi, Ahmad, mengatakan bahawa keadaan kesihatan bapanya yang semakin buruk ketika berada di dalam penjara. Malah, bapanya juga 'tidak diendahkan' oleh pihak berkuasa Mesir,” ujar beliau lagi.
Afiq Ariffin
Tue Jun 18 2019
Kit Siang berkata, kerajaan Mesir perlu bertanggungjawab ke atas kematiannya sekiranya siasatan menunjukkan punca kematiannya adalah disebabkan kegagalan kerajaan itu penyediakan penjagaan kesihatan asas kepada beliau. - Gambar fail
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Amnesty International, OIC desak siasatan segera terhadap serangan bantuan di Gaza
Amnesty International menggesa siasatan segera terhadap pembunuhan lebih 100 rakyat Palestin yang menunggu bekalan makanan di Gaza oleh tentera Israel.
OIC sambut baik laporan Amnesty International mengenai tindakan aparteid Israel terhadap rakyat Palestin
Ia dokumen undang-undang antarabangsa yang mengesahkan pencabulan oleh Israel, jenayahnya dan dasar perkauman terhadap rakyat Palestin.
Selepas Rohingya timbul Chin, di manakah kesudahannya?
Pendedahan bahawa terdapat 1,000 pendatang tanpa izin dari etnik Chin di Pudu, Kuala Lumpur semakin memanaskan isu pendatang tanpa izin di negara kita.
Rusia bakal label wartawan bebas, blogger sebagai ejen asing
Rusia bakal melabel wartawan bebas dan blogger sebagai 'ejen asing' di bawah undang-undang yang baharu dipinda di negara itu.
Hanya keluarga terdekat, peguam hadir pengebumian Mohamed Morsi di timur Kaherah
Pihak berkuasa Mesir menolak permintaan keluarga Morsi untuk jasadnya disemadikan di kampung halamannya di wilayah Sharqia, kata anaknya, Abdullah Mohamed Morsi kepada Reuters pada Isnin.
Siasatan antarabangsa kematian Morsi perlu diadakan - Lim Kit Siang
Menurut beliau, siasatan itu perlu dijalankan bagi mengetahui sama ada Morsi diberikan akses kemudahan perubatan asas ataupun tidak semasa dia berada di dalam tahanan.
Syed Saddiq, Yeo Bee Yin disenarai sebagai 'Young Global Leaders'
Golongan belia tersebut menyertai alumni tersohor seperti Amal Clooney, pengasas Google Larry Page dan Presiden Perancis Emmanuel Macron.
Tiada kompromi, Malaysia tetap halang kemasukan atlet Israel
Malaysia tetap dengan pendirian untuk tidak menerima penyertaan atlet Israel dalam kejohanan sukan antarabangsa yang dianjurkan di negara ini.
Sah! Myanmar amalkan Aparteid terhadap Rohingya
Kajian dua tahun Amnesty International menyimpulkan warga Rohingya merupakan mangsa Aparteid.