awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
Mengenang Madeline: Hilangnya 'permata' Sarawak yang luar biasa
Stadium Nasional Bukit Jalil dapat penarafan cemerlang daripada FIFA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan kes jam tangan mewah selesai - Latheefa

Bernama
Bernama
26/07/2019
08:02 MYT
Siasatan kes jam tangan mewah selesai - Latheefa
LATHEEFA: SPRM telah selesai menjalankan siasatan dan telah menghantar kertas siasatan ke Pajabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah selesai menjalankan siasatan melibatkan setiausaha politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkaitan sebuah jam tangan mewah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dalam satu kenyataan hari ini berkata kertas siasatan telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) pada 10 Julai.
"Berhubung siasata melibatkan setiausaha politik kepada Menteri Pertanian berkaitan sebuah jam tangan mewah, SPRM telah selesai menjalankan siasatan dan telah menghantar kertas siasatan ke Pajabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut dan sedang menunggu maklum balas daripada pejabat berkenaan," kata beliau.
Pada 1 April, SPRM menahan setiausaha politik kepada menteri itu kerana disyaki menerima rasuah berupa sebuah jam tangan mewah bernilai kira-kira RM28,000.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan pada 1 April menegaskan bahawa beliau tidak akan campur tangan dalam siasatan SPRM terhadap setiausaha politiknya dan menyerahkannya kepada proses undang-undang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jam tangan mewah
#Ketua Pesuruhjaya SPRM
#Latheefa Koya
#Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
#setiausaha politik
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan