awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita pertama ketuai Institusi Hadiah Nobel
2,682 kenderaan diambil tindakan dalam Ops Perang Lebih Muatan di Terengganu
Ketua PBB kecam Parlimen Israel lulus pindaan sasar UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan menyeluruh akan dijalankan berhubung tragedi enam PPDA lemas - JBPM

Bernama
Bernama
04/10/2018
21:19 MYT
Siasatan menyeluruh akan dijalankan berhubung tragedi enam PPDA lemas - JBPM
Soiman berkata JBPM bersedia menerima pandangan orang ramai untuk membaiki kelemahan namun berasa sedih kerana ada yang mencerca dan memandang rendah tugas JBPM. - Gambar fail
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca tragedi yang mengorbankan enam anggota Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) JBPM di Puchong, Selangor malam Rabu.
Timbalan Ketua Pengarahnya Datuk Soiman Jahid berkata siasatan itu mungkin mengambil masa dua hingga tiga minggu.
Menurutnya kesemua enam yang terkorban tersebut adalah penyelam yang mendapat pengiktirafan pelbagai agensi penyelamatan di air dan kejadian adalah suatu di luar jangka.
"Pihak anggota melihat kemungkinan-kemungkinan yang berlaku dan mengendalikannya dengan betul. Dalam masa penyelamatan itu, keadaan arus (air) berubah dan menyebabkan teknik dan taktik kurangsesuai kerana arus yang deras dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menutup Pertandingan Kecekapan Operasi Kebombaan Peringkat Kebangsaan ke-20 di Akademi Bomba Malaysia Wakaf Tapai di sini pada Khamis.
BACA: Kronologi tragedi enam anggota bomba lemas
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Mayat remaja lemas dijumpai
Mengulas pelbagai dakwaan yang dimuat naik menerusi laman sosial, beliau berkata JBPM bersedia menerima pandangan orang ramai untuk membaiki kelemahan namun berasa sedih kerana ada yang mencerca dan memandang rendah tugas JBPM.
Dalam kejadian di Taman Putra Perdana, Puchong, Rabu malam, enam anggota PPDA iaitu Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25; Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25 lemas ketika operasi mengesan seorang remaja yang hilang di lombong tinggal itu.
Mengenai kebajikan anggota yang terkorban itu, Soiman berkata di bawah Tabung Amanah Asperasia, waris anggota yang meninggal dunia semasa bertugas berhak mendapat 36 bulan gaji bayaran yang telah ditetapkan.
Di samping itu, waris juga akan menerima pampasan insurans kerajaan selain pampasan insurans daripada koperasi bagi anggota yang menyertai koperasi bomba dan penyelamat, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insurans
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#lemas
#lombong
#pampasan
#Pasukan Penyelamatan di Air
#Penyelam
#penyelamatan di air
#PPDA
#Puchong
#punca tragedi
#siasatan
#Soiman Jahid
#tabung amanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan