awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lindung perniagaan haram: SPRM reman enam lagi anggota, pegawai polis
Sekatan akses Grok langkah tepat, pihak berkuasa lebih 'bertaring' - Pakar undang-undang
Pemutihan sekolah agama swasta dipergiat, pastikan aspek keselamatan - MAIS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sijil halal: Tidak susah jika tahu prosedur dan piawaian

Bernama
Bernama
30/06/2019
12:31 MYT
Sijil halal: Tidak susah jika tahu prosedur dan piawaian
JAKIM menetapkan standard yang tinggi dalam sijil halal kerana konsepnya halalan toyyiban iaitu bukan hanya halal, tetapi juga suci.
Proses kelulusan mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak sukar dan hanya mengambil masa dua minggu daripada tarikh permohonan jika memenuhi piawaian yang ditetapkan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, bagaimanapun mengakui ada pengusaha khususnya dalam industri kecil dan sederhana (IKS) sukar untuk mendapatkan pengiktirafan halal kerana kurang mengetahui prosedur atau tidak dapat memenuhi piawaian ketat JAKIM.
"JAKIM menetapkan standard yang tinggi dalam sijil halal kerana konsepnya halalan toyyiban iaitu bukan hanya halal, tetapi juga suci. Standard ini diguna pakai oleh 45 negara dan 78 agensi di seluruh dunia.
"Prosesnya tidak susah namun ada perkara yang perlu ditepati dan mungkin ada antara IKS yang tidak tahu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuantan, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof semalam, bahawa ada usahawan IKS sukar mendapat sijil halal walaupun sudah lama mengusahakan perniagaan.
BACA: Dah berkurun niaga, nak dapat cop halal kerepek pisang pun susah?
Misalnya, Fuziah berkata ada IKS yang mengusahakan perniagaan kerepek memproses produk itu di dapur rumah mereka, sedangkan kriteria yang ditetapkan JAKIM memerlukan mereka mengasingkan dapur produk dengan dapur rumah.
Justeru, beliau berpandangan usahawan IKS memerlukan bimbingan daripada pihak sewajarnya supaya dapat menepati piawaian persijilan JAKIM yang sekali gus boleh menjadi nilai tambah kepada produk mereka.
"Tugas untuk membantu IKS bukan di bawah JAKIM, sebaliknya pihak yang terlibat secara langsung dengan mereka yang boleh memberi tunjuk ajar, memberi dana, membuat kertas kerja, pembungkusan dan sebagainya," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Fuziah Salleh
#Halalan Toyyiban
#IKS
#Industri Kecil dan Sederhana
#Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
#JAKIM
#Sijil Halal Jakim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan