awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Silakan buat laporan polis dan saman saya - Syed Saddiq

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
02/02/2020
07:07 MYT
Silakan buat laporan polis dan saman saya - Syed Saddiq
SYED SADDIQ: Biarkan polis menyiapkan siasatan dan saya sangat gembira mendengar tindakan telah diambil terhadap tiga orang dan saya berharap ia tidak berakhir di sana. - Astro AWANI/ Faris Danial
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengalu-alukan Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki untuk membuat laporan polis serta memfailkan saman terhadapnya berhubung kejadian di Ulu Tiram, pada Jumaat lalu.
Syed Saddiq juga menegaskan bahawa dalam kejadian itu, beliau telah dihalang oleh sekumpulan individu sehingga tidak dibenarkan untuk pulang ke hotelnya.
“Seperti yang telah jelaskan, saya diiringi pihak polis semasa majlis tersebut berlangsung.
"Meskipun majlis tersebut telah berakhir, saya telah dihalang oleh mereka sehingga tidak boleh pulang ke hotel saya di Johor Bahru sewaktu itu.
“Saya dimaklumkan bahawa pihak polis juga kini sedang melakukan siasatan dan saya juga mengharapkan pihak polis dapat menyelesaikan kerja siasatan itu,” kata Syed Saddiq.
Beliau yang menghadiri sesi Luncheon Talk bagi acara Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras pada Ahad berpuas hati dengan tindakan pantas polis yang menahan tiga individu dipercayai dalang kejadian tersebut.
Dalam pada itu, Syed Saddiq tidak menolak kemungkinan bahawa kumpulan individu tersebut mempunyai kaitan dengan sebuah parti lawan.
"Saya mengesyaki seperti itu berdasarkan apa yang diberitahu kepada saya oleh polis ketika saya diberikan penerangan.
"Saya katakan itu selepas diberi penerangan, jadi saya berpandukan siasatan polis.
"Biarkan polis menyiapkan siasatan dan saya sangat gembira mendengar tindakan telah diambil terhadap tiga orang dan saya berharap ia tidak berakhir di sana," jelas Syed Saddiq.
Terdahulu, Pemuda UMNO dikatakan akan memulakan prosedur saman terhadap Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) susulan menuduh UMNO terbabit dalam kejadian serangan sekumpulan individu itu.
BACA: Syed Saddiq terpaksa lari, guna jalan tikus, lompat pagar
BACA: Polis tubuh pasukan khas siasat kekecohan program Syed Saddiq
BACA: Armada buat laporan polis berhubung kumpulan serang Syed Saddiq
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Johor Bahru
#Malaysia
#menteri
#Menteri Belia dan Sukan
#pemuda
#Pemuda UMNO
#Polis Diraja Malaysia
#saman
#siasatan
#Syed Saddiq
#Ulu Tiram
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan