awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesihatan Tun Mahathir positif selepas dua minggu terima rawatan di IJN
PM arah laporan proses pelaksanaan RPN 2026-2035 dikemuka mulai Mac ini
10 politeknik dinaik taraf, pendidikan percuma diperluas - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sinar baharu buat warga Pakan, BSN buka kaunter perkhidmatan dua hari

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2020
10:08 MYT
Sinar baharu buat warga Pakan, BSN buka kaunter perkhidmatan dua hari
Suasana menunjukkan warga Pakan terpaksa beratur panjang hanya untuk mendapatkan kebenaran pihak polis bagi melakukan urusan perbankan di luar Pakan pada 13 April lalu. FOTO: Astro AWANI
Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuka kaunter perkhidmatan perbankan di Dewan Masyarakat Pakan pada 10 dan 11 Mei ini bermula jam 8.30 pagi sehingga 2.30 petang.
Inisiatif kaunter bergerak itu merupakan perkhidmatan perintis yang diadakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan, inisiatif ini akan mampu mengurangkan bilangan penduduk keluar ke Sarikei bagi mendapatkan perkhidmatan perbankan.
Antara perkhidmatan lain disediakan adalah semakan akaun berkaitan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) dan pengeluaran wang.
Selain itu, beberapa prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan sosial dan pengehadan jumlah pelangggan dalam satu-satu masa juga akan dilaksanakan bagi menjayakan tujuan itu.
Pertengahan April lalu, Astro AWANI ada membawakan laporan mengenai kesukaran yang dihadapi penduduk di Pakan, Sarikei untuk melakukan urusan perbankan.
BACA: Tiada mesin ATM berdekatan, warga Pakan hadapi kesukaran sepanjang PKP
BACA: Masalah warga Pakan sukar ambil wang di ATM akan diselesaikan Kerajaan Sarawak
Untuk mengeluarkan wang dari mesin perbankan automatik (ATM) dan urusan perbankan lain, mereka perlu ke pekan terdekat sejauh 44 kilometer.
Lebih sukar apabila perjalanan ke pekan terdekat itu mengambil masa sekitar 40 minit dengan menggunakan jalan darat.
Isu ini terus mendapat perhatian apabila warga Pakan terpaksa mendapatkan kelulusan pihak polis untuk sebarang pergerakan ketika PKP berkuatkuasa.
Topic Berkaitan
#ATM
#Bank Simpanan Nasional
#Bantuan Khas Sarawakku Sayang
#Bantuan Prihatin Nasional
#Bantuan Sara Hidup
#COVID-19
#Pakan
#perintah kawalan pergerakan
#Sarawak
#Sarikei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan