Walaupun banyak amaran serta tindakan diambil polis, sindiket along masih berani bertindak agresif termasuk membakar rumah dan menyimbah cat di kediaman peminjam.
Ketua Siasatan Jenayah Negeri Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad, berkata terbaharu, rumah seorang peminjam di sebuah taman perumahan di Kulim dilontar bom botol atau molotov cocktail, pertengahan Mei lalu.
Katanya, dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, kumpulan suspek membaling bom itu sehingga menyebabkan bilik di belakang rumah serta sebuah van milik mangsa terbakar.
Mangsa yang juga kontraktor berusia 36 tahun kemudian membuat laporan sebelum polis menyiasat dan memburu semua suspek serta menahan mereka dalam beberapa siri tangkapan sehingga 31 Mei lalu.
"Polis menahan tiga lelaki dan seorang perempuan yang dipercayai terlibat dalam kes itu. Mereka dipercayai menerima arahan daripada seorang lelaki lain yang berada di negara jiran," katanya di sini pada Selasa.
Jelas Sapii polis menemui tong cat, minyak petrol, senjata dan beberapa barangan lain yang dipercayai digunakan untuk melakukan khianat kepada peminjam.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 436 kanun keseksaan.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Jun 02 2020
Polis menemui tong cat, minyak petrol, senjata dan beberapa barangan lain yang dipercayai digunakan untuk melakukan khianat kepada peminjam. Gambar Astro AWANI
Rezal Zambery dilantik penolong ketua jurulatih KDN FC
Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) melantik Rezal Zambery Yahya sebagai penolong ketua jurulatih pasukan itu bagi mengharungi musim baharu Liga Super.
Kelibat Kate Middleton dilihat dalam video terbaharu
Ia juga merupakan kali ketiga Kate dilihat di khalayak ramai sejak akhir Disember.
'RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang sidang Parlimen akan datang'
Kerangka Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sedang diperhalusi dan dijangka akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Datuk Ramli Mohd Nor 'berdoa' sebelum mempengerusikan Dewan Rakyat
Selepas gamat dengan teriakan Ahli-Ahli Parlimen bangkit ketika RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dibaca, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor ambil alih pengerusikan persidangan Dewan Rakyat dengan bacaan doa .
Kakitangan MBAS direman bantu siasatan rasuah berkaitan penyelenggaraan kompleks renang
Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar direman lima bagi membantu siasatan terhadap dakwaan meminta suapan daripada kontraktor.
Perut bulat bakar juadah unik berbuka puasa
Menu perut bulat bakar yang diolah daripada perut lembu antara hidangan yang menjadi tumpuan pengunjung di Bazar Ramadan Dataran Shahbandar di Terengganu.
Cabaran puasa Diallo
Amad Diallo yang meledak gol kemenangan ketika Manchester United menewaskan Liverpool 4-3 pada suku akhir Piala FA bermain ketika berpuasa.
"Saya berpuasa, Yang Berhormat berpuasa, jadi sabarlah!" - Azalina
"Kalau undang-undang ini tiada, kita takut apa yang berlaku terhadap Sulu dalam negara mungkin berulang kerana negara lain, bidang kuasa lain anggap kita tidak beri reciprocity terhadap kekebalan," jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said .
Status kemajuan pembinaan 18 pesawat pejuang FA-50M TUDM capai 26.7 peratus
Status kemajuan terkini pembinaan 18 pesawat pejuang ringan FA-50M bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini telah mencapai 26.7 peratus, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Pemborong didenda RM10,000 jual ayam melebihi harga maksimum
Padah menjual ayam standard melebihi harga maksimum ditetapkan Oktober tahun lepas, seorang pemborong didenda RM10,000.
Along letupkan kereta jurulatih renang depan rumah
Mangsa mahupun ahli keluarga menafikan memiliki musuh atau berhutang sepanjang tinggal di kawasan perumahan itu.
Dua along terbabit kes simbah cat merah ditahan
Polis menahan dua lelaki tempatan disyaki along bagi membantu siasatan kejadian simbahan cat merah di sebuah rumah, Khamis lepas.
Polis tahan lelaki dipercayai orang suruhan along terlibat kes khianat
Lelaki berumur 30-an yang ditahan di Sentul, Kuala Lumpur itu menerima upah hingga RM1,000 bagi setiap tugas yang diarahkan.
Polis bongkar aktiviti along Semenanjung guna geng di Sibu tagih hutang
Modus operandi pemberi pinjaman itu terbongkar berikutan penangkapan empat lelaki yang dipercayai anggota Geng Rosli.
Pinjam daripada yang berlesen, namun sengsara seolah berhutang along
Syarat ketat yang dikenakan KPKT ke atas syarikat PPW bersandarkan Akta 400 ternyata bukan penghalang bagi mereka menangguk di air keruh.
Lelaki jadi keldai akaun kepada along ditahan
Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Polis tahan lelaki dalam pesawat dipercayai terlibat kegiatan along
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan along dalam sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini pada Rabu lepas.
Cermin kenderaan dipecah along, lima jiran rugi RM5,000
Menurut polis, selain insiden itu, mangsa turut menerima nota ugutan yang tertulis wang yang dihutang perlu dibayar.
Tiga lelaki 'upahan along' tarik kereta diberkas polis
Ketiga-tiga suspek ditahan di tiga lokasi berasingan di Butterworth, Seberang Jaya dan Kuala Kangsar bagi membantu siasatan.
Imun pandemik, ceti haram makin berleluasa
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menerima kira-kira 25 kes mangsa ceti haram yang meminta pertolongan saban hari sepanjang 2021.