Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Sindiket berputih mata ketum bernilai lebih RM350,000 dirampas

Sindiket berputih mata ketum bernilai lebih RM350,000 dirampas
Kesemua barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Nerang untuk tindakan lanjut.
PADANG TERAP: Pasukan keselamatan merampas 2,300 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM357,000 selepas menahan tiga pacuan empat roda di kawasan hutan di Durian Burung, Padang Terap, awal pagi Isnin.

Sumber berkata, operasi yang dikoordinasi oleh Markas Briged Keenam Infantri Malaysia mengesan beberapa kenderaan merempuh halangan dibina di kawasan berkenaan lalu menuju ke sempadan.
"Pasukan keselamatan kemudian mengejar semua kenderaan terbabit dan berjaya memaksa mereka berhenti sebelum pemandunya melarikan diri di dalam hutan.

"Pemeriksaan kemudian menemui 230 beg plastik hitam yang berisi daun ketum seberat 2,300 kg yang disorokkan di dalam kenderaan terbabit.
"Daun ketum itu dipercayai akan diletakkan di suatu tempat yang ditetapkan sebelum diambil oleh penyeludup atau tekong dari Thailand dengan menggunakan laluan haram di sempadan," katanya di sini, pada Isnin.

Katanya, kesemua barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Nerang untuk tindakan lanjut.

Operasi benteng itu turut disertai agensi keselamatan terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).


Tag: ketum, Angkatan Tentera Malaysia, PDRM, Thailand, polis, kastam, tentera, Imigresen, keselamatan, operasi, daun ketum



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.