Jabatan Imigresen menahan 45 wanita warga asing yang terbabit dalam kegiatan pelacuran dalam operasi di dua lokasi sekitar Puchong Jaya, Selangor, Rabu lepas.
Operasi pada 1.45 pagi oleh sekumpulan 15 pegawai dari Unit Operasi Khas, Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analisa Jabatan Imigresen itu turut menahan tiga lelaki warga Bangladesh serta masing-masing seorang daripada Myanmar dan Indonesia.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata serbuan terhadap dua premis yang menjalankan sindiket pelacuran melalui aplikasi WeChat itu turut membawa kepada penahanan lima lelaki tempatan yang bertindak selaku penyelia dan penjaga, juga dipercayai berperanan sebagai tonto premis berkenaan.
Dalam serbuan pertama, terdapat cubaan menutup pintu hadapan premis oleh penjaga hasil maklumat dipercayai diberikan tonto namun tindakan itu digagalkan anggota imigresen yang bersedia lebih awal di lokasi serbuan, katanya.
"Premis itu menawarkan perkhidmatan seks wanita warga asing dengan harga bermula RM155 bagi perkhidmatan selama 45 minit.
"Bilik-bilik yang digunakan untuk perkhidmatan seks itu dihiasi dengan tema kartun seperti Hello Kitty, Pikachu, Doraemon," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mustafar berkata serbuan di lokasi kedua yang terletak sederet dengan premis pertama sedikit sukar kerana wanita terbabit bersembunyi di ruang tangki air dan juga dalam peti sejuk bagi mengelak daripada ditangkap.
Beliau berkata premis yang 'dikawal' tonto itu menawarkan perkhidmatan seks dengan harga RM160 bagi tempoh masa selama 45minit.
Kedua-dua premis disewa dan tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah serta dipercayai beroperasi 24 jam sehari, katanya.
Mustafar berkata kesemua mereka yang ditahan ditempatkan di depot tahanan Imigresen Bukit Jalil dan kes disiasat mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Katanya sebanyal 18 Saman Saksi turut dikeluarkan kepada pelanggan yang berada di dalam premis semasa serbuan dijalankan bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 11 2018
Serbuan terhadap dua premis yang menjalankan sindiket pelacuran melalui aplikasi WeChat itu turut membawa kepada penahanan lima lelaki tempatan. - Gambar hiasan
UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.
Tyra Kamaruzzaman kini isteri pereka fesyen, terima mas kahwin RM1,111
Menerusi perkongsian siaran langsung di Instagram, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Kamaruzzaman.
[TERKINI] Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Perhimpunan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 di Ipoh.
Majlis perhimpunan sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024
4 Mei ialah tarikh keramat bagi semua anggota bomba di seluruh dunia dan pastinya, anggota bomba di Malaysia juga meraikan hari tersebut yang disambut pada setiap tahun di seluruh dunia.
Dengan Ipoh sebagai lokasi pilihan pada tahun ini, sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 terus mengangkat 'Bomba Tonggak Penyelamat Negara' sebagai tema.
Dan untuk kita mendapatkan perkembangannya, langsung sahaja bersama wartawan Astro AWANI, Farhan Hakimi di Tambun.
Dengan Ipoh sebagai lokasi pilihan pada tahun ini, sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 terus mengangkat 'Bomba Tonggak Penyelamat Negara' sebagai tema.
Dan untuk kita mendapatkan perkembangannya, langsung sahaja bersama wartawan Astro AWANI, Farhan Hakimi di Tambun.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Lima ulat parkir ditahan di Melaka
Ujian saringan air kencing mendapati dua lelaki dan seorang wanita yang ditahan itu positif dadah.
Barcelona tekad langsai hutang jumpa Girona
Barcelona akan menentang Girona dalam perlawanan 'derby' Catalan hujung minggu ini dengan misi membalas dendam awal musim ini.
Kemelut PKR Sabah: Tunggu Anwar umum Pengerusi MPN
Semua pihak diminta bersabar untuk menunggu keputusan daripada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
AWANI-RareTV: Kampung bunian di Switzerland
Penulis J.R.R Tolkien menjadikan Lauterbrunnen sebagai latar dan insipirasi kepada penghasilan kampung 'Rivendell'.
Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warga asing
Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pemandu kenderaan awam yang tidak mengetahui status warga asing yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen didalangi warga Pakistan
Anggota operasi menemukan peralatan elektronik antaranya komputer riba, mesin pencetak dan 246 keping kad plastik keras yang belum bercetak.
Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan
Jabatan Imigresen Johor berjaya menumpaskan sindiket 'pasport terbang susulan penahanan seorang wanita tempatan menerusi Ops Serkap pada Isnin.
Pelan liberalisasi visa: JIM kekal NTL, SOP kemasukan pelancong
Proses pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai bagi pelancong ke Malaysia kekal dan tidak akan dikompromi.
Suami isteri Rohingya dicekup dalang sindiket palsu surat UNHCR
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar sindiket pemalsuan surat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Simpang Empat, di sini semalam.
'Sebagai orang kenamaan, King Sing seharusnya lebih menghormati undang-undang negara' - KPISM
KPISM kesal dengan tuduhan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berhubung anggota imigresen yang terlibat rasuah.
'Penyebaran video sengaja untuk tutup kesalahan, aktiviti rasuah di KLIA' - King Sing
King Sing akan merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dalang penyebaran video berkenaan.
136 kes pegawai imigresen terlibat jenayah, salah laku
Sebanyak 136 kes melibatkan pegawai imigresen telah disiasat dan didapati melakukan kesalahan jenayah dan salah laku melibatkan proses kemasukan warga asing ke Malaysia, sejak 2020 hingga tahun lepas.
Imigresen tahan 72 warga asing, tumpas sindiket bekal pelacur di Kuala Lumpur
Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan sindiket membekal wanita warga asing bagi tujuan khidmat seks di Kuala Lumpur.