Pihak berkuasa Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Macau menjalin kerjasama hampir setahun melumpuhkan sindiket penipuan transnasional dalam talian love scam yang berpangkalan di Malaysia, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF).
SPF berkata sejak Januari 2019, pegawai dari empat agensi bekerjasama berkongsi risikan berhubung penipuan dalam talian love scam yang dilaporkan di negara masing-masing.
Agensi berkenaan adalah Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) SPF, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Polis Diraja Malaysia, Biro Keselamatan Siber dan Biro Jenayah Teknologi (CSTCB) Pasukan Polis Hong Kong dan Bahagian Jenayah Teknologi Maklumat (ITCD) Macau Judiciary Police (MJP).
Melalui penyiasatan bersama itu, SPF berkata sindiket yang dipercayai berada di belakang kes-kes yang dilaporkan empat agensi itu, telah dikenal pasti dan berpusat di Malaysia.
Antara 19 hingga 21 Nov 2019, CCID mengetuai serbuan serentak di beberapa lokasi di Malaysia dan menahan tiga lelaki Nigeria serta 11 wanita dan empat lelaki warga Malaysia.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengarah CCID, Pesuruhjaya Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad dan pegawai beliau dari Bahagian Operasi dan Perisikan CCID, kerana mengetuai operasi penangkapan utama di Malaysia," kata Pengarah CAD, David Chew dalam kenyataan hari ini.
"Kejayaan operasi bersama ini menunjukkan kesungguhan Pasukan Polis Singapura dan rakan serantaunya untuk memerangi penipuan transnasional dan menghantar isyarat kuat kepada sindiket penipuan rentas sempadan yang kami akan memusnahkan rangkaian dan menahan ahli mereka, di mana sahaja mereka bersembunyi," katanya.
Sindiket itu dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 139 kes penipuan dalam talian love scams yang dilaporkan di empat agensi berkenaan, membabitkan kerugian kira-kira S$5.8 juta (S$1=RM3.06).
Di Republik itu, pegawai CAD melakukan siasatan terhadap empat wanita Singapura berusia antara 28 dan 67 tahun didakwa membantu mempermudahkan pemindahan hasil jenayah kepada sindiket tersebut.
Tiga puluh kes dilaporkan di Singapura membabitkan kerugian lebih S$262,000, telah diselesaikan, menurut SPF.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 28 2019
Sindiket itu dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 139 kes penipuan dalam talian love scams yang dilaporkan di empat agensi berkenaan. - Gambar hiasan
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Adakah Freedom Flotilla ke Gaza bakal terjejas?
Perkembangan terbaru ni pastinya memberi impak kepada Misi Freedom Flotilla untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Sindiket penipuan transnasional love scam lumpuh hasil kerjasama 4 negara
SPF berkata sejak Januari 2019, pegawai dari empat agensi bekerjasama berkongsi risikan berhubung penipuan dalam talian love scam yang dilaporkan di negara masing-masing.