Infocomm Media Development Authority (IMDA) akan mendapatkan kerjasama penyedia perkhidmatan internet di sini untuk menyekat laman sesawang kumpulan hak asasi manusia dari Malaysia yang mendakwa penjara di Singapura menggunakan kaedah yang menyalahi undang-undang dalam pelaksanaan hukuman mati, menurut The Straits Times pada Khamis.
Memetik Kementerian Komunikasi dan Maklumat (MCI) republik ini, laporan itu berkata menterinya mengarahkan IMDA berbuat demikian selepas kumpulan Lawyers for Liberty (LFL) tidak mematuhi satu arahan supaya melakukan pembetulan di bawah undang-undang berita palsu terhadap kenyataan pada 22 Jan di dalam laman sesawang kumpulan itu.
"Arahan pembetulan itu dikeluarkan kepada LFL meminta fakta supaya diatur seiring dengan 'kepalsuan' supaya pengguna terakhir di Singapura dapat membaca kedua-dua versi dan membuat kesimpulan mereka sendiri," kata kementerian itu.
Laporan itu berkata LFL mendakwa pegawai penjara Singapura diarahkan menendang belakang leher banduan dengan kuat untuk mematahkannya sekiranya tali gantung putus semasa hukuman dijalankan dan Kerajaan Singapura membenarkan "kaedah yang menyalahi undang-undang" itu.
Menurut laporan itu, Kementerian Dalam Negeri Singapura menafikan dakwaan itu Rabu lepas, dan menyifatkannya sebagai "tidak benar, tidak berasas dan tidak masuk akal".
LFL dalam kenyataan balasnya Rabu lepas, berkata ia tidak akan mematuhi notis pembetulan yang "menyalahi undang-undang dan menindas" itu dan meminta Kerajaan Singapura menariknya balik.
Akhbar itu berkata LFL tetap mempertahankan kenyataannya itu dan mendakwa ia berdasarkan bukti daripada bekas dan pegawai penjara Singapura yang masih berkhidmat dengan rekod perkhidmatan cemerlang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 23 2020
Laman sesawang kumpulan hak asasi manusia dari Malaysia mendakwa penjara di Singapura menggunakan kaedah yang menyalahi undang-undang dalam pelaksanaan hukuman mati. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan
Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini.
'Tahun ini kali ke-18, sambut raya di sebalik tirai besi'
Jadi banduan akhir ini memang ada tekanan, siapa yang boleh terima kalau hukuman kita ni akan pergi ke tali gantung?
Biskut resipi Tunku Azizah dihasilkan banduan laris dijual
Ramai sanggup mendapatkan pelbagai biskut yang dijual di penjara Bentong, biarpun harganya mahal kerana menggunakan bahan premium dan berkualiti tinggi.
'Tiada layanan istimewa kepada Najib'
Semua banduan diuruskan mengikut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Banduan jadi penoreh getah profesional di Kelantan
Penjara Kelantan bakal melahirkan lebih ramai penoreh getah profesional dalam kalangan banduan melalui latihan di bawah Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL).
Banduan derma gaji bekerja di penjara bantu warga Palestin
Hantaran Mashouf mengenai sumbangan Hamza itu pantas menjadi tular dengan lebih 24,000 suka dan mendapat lebih 8,200 ciapan semula.
Lebih 20,000 banduan jalani program pemulihan dalam komuniti
Lebih 20,000 banduan di seluruh negara menjalani program pemulihan di luar tembok penjara bersama komuniti dengan pemantauan Jabatan Penjara Malaysia.
Myanmar beri pengampunan kepada 9,600 banduan
Myanmar pada Khamis memberi pengampunan kepada 9,000 banduan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-76 negara itu.
Presiden Sri Lanka beri pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Krismas
Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe memberikan pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Hari Krismas.
Warga emas antara 9 banduan jalani hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Ia selepas hukuman tersebut digantikan kepada penjara seumur hidup selama 30 tahun oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.